Sunday, 23 August 2015

Isu Wakil Rakyat PAS sertai GHB 'kosongkan kerusi'...Tidak adil, kata Dr Dzulkefly

Ahad, 23 Ogos 2015
Mat Sabu dah ambil semua kerusi?

Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dr Dzulkefly 
 Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015. 
Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan.  

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu mengosongkan kerusi yang diwakili kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa mereka berbuat demikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad. Setiausaha GHB itu berkata, sukar untuk berhujah hanya dengan menggunakan faktor parti sahaja jika mahu menuntut calon tersebut mengundur diri. Malah, katanya, ia tidak adil kerana sistem politik pilihan raya negara tidak akan membenarkan mereka bertanding semula selama 5 tahun. 

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. "Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata baru-baru ini, wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat. 

Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu. 

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," kata Hadi di Kota Sarang Semut, Kedah. 

Dzulkefly berkata, kemenangan seseorang calon bukan hanya bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa. 

"Tentunya untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang dipertandingkan, kita harus bersabar. 

"Sebabnya? Perkara ini hanya akan dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan raya akan datang," katanya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena