Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion NajibPOSTED BY SENTIASA PANASIsu RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib telah berlegar sejak bulan lepas lagi. Dakwaan tersebut menjadi lebih 'panas' selepas video Muhyiddin yang mengatakan Najib mengaku dalam akaunnya ada duit RM2.6 bilion didapati tersebar meluas di laman sosial minggu lalu.
Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan
Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan. Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.
0 comments:
Post a Comment