Saturday 8 August 2015

Perkasa ‘jatuh cinta’ dengan kumpulan Kristian Baharu (Christians for Peace and Harmony)

Sabtu, 8 Ogos 2015
Perkasa ‘jatuh cinta’ dengan kumpulan Kristian baharu
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 8 August 2015 3:18 PM
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (duduk 2 dari kiri), Wah Wong Kim Kong (duduk 2 dari kanan) semasa dialog meja bulat antara Perkasa dan Christian for Peace and Harmony Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Ogos, 2015.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (duduk 2 dari kiri), Wah Wong Kim Kong (duduk 2 dari kanan) semasa dialog meja bulat antara Perkasa dan Christian for Peace and Harmony Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Ogos, 2015.
Kumpulan kontroversi itu, bersama-sama Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), juga memutuskan untuk menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan mengenai konflik agama yang timbul sehingga mereka berunding antara satu sama lain.
Kedua-dua kumpulan ini mengumumkan perkara ini selepas sesi dialog 2 jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan makan tengah hari bersama.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kedua-dua kumpulan " jatuh cinta" dengan satu sama lain dan juga mengambil keputusan percutian satu malam bagi menghabiskan masa memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.
Ibrahim turut mengatakan kerjasama sebagai "hadiah daripada Tuhan" dan menyifatkan sekutu baharunya daripada CPHM, Rev Wong Kim Kong dan Lee Min Choon, yang juga pemimpin Kristian terkenal dan bekas presiden Persatuan Bible Malaysia.
"Kami bersetuju hari ini yang Malaysia adalah sebuah menjadi ujian keamanan dan keharmonian antara agama dan ini adalah hadiah daripada Allah untuk kita berusaha bersama-sama demi keamanan dan keharmonian," kata Ibrahim.
Wong berkata, kedua-dua kumpulan bersetuju mereka perlu berusaha ke arah menyedarkan salah faham seperti tanggapan terdapat perpecahan yang serius antara kumpulan berlainan agama di Malaysia.
"Kami mahu menjadi pengantara konflik dan bersetuju jika terdapat mana-mana isu-isu konflik yang timbul, kita akan berunding antara satu sama lain sebelum bertindak balas, dengan tujuan untuk menyelamatkan keadaan. Dalam erti kata lain, usaha menyelamat akan menjadi tumpuan utama kami," tambah pemimpin Kristian itu.
Sambil menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai bersejarah, Ibrahim berkata pakatan baharu mereka adalah bukti Perkasa bukan pelampau juga bukan anti-Kristian seperti dianggap sesetengah pihak.
"Kita menukar keadaan itu hari ini, kita akan menunjukkan kepada rakyat yang kita dapat bekerjasama untuk masa depan lebih baik.
"Oleh itu, anda boleh anggap kita sebagai pelampau, kerana kami mahu lakukan terbaik untuk semua agama."
Kedua-dua kumpulan tidak melibatkan diri dalam dialog mengenai doktrin agama masing-masing tetapi sebaliknya memberi tumpuan kepada cara-cara untuk membina keamanan dan keharmonian.
Apabila ditanya bagaimana mereka merancang untuk melanjutkan mesej mereka kepada orang ramai, Ibrahim berkata tidak mungkin untuk mendekati semua orang, tetapi menambah Perkasa dan CPHM akan melakukan program bersama dengan harapan lebih ramai orang akan mengikutinya.
"Kami merancang untuk memimpin melalui teladan, dan percaya orang akan mengikuti langkah kami.
"Jika seorang pemimpin yang baik, rakyat akan berbuat baik, tetapi jika pemimpin terus berbalah dan mengeluarkan kenyataan sensitif, ia tidak akan membantu," katanya.
Program yang dirancang kini termasuk makan malam berbilang agama di Segamat pada Rabu, satu perjumpaan di sebuah surau pada Khamis dan majlis perjumpaan bersama penduduk di Rifle Range, Pulau Pinang, pada 16 September bersempena Hari Malaysia.
Kedua-dua pemimpin juga berkata agama tidak boleh digunakan bagi sebarang agenda peribadi atau politik.
"Kami merayu kepada mereka yang terlibat secara aktif dalam hal ehwal negara untuk membenarkan penganut agama menangani isu-isu konflik agama, dan tidak menggunakan agama untuk agenda peribadi," kata Wong.
Ibrahim juga berkata, beliau berharap parti-parti politik akan berhenti mempolitikkan agama.
Turut hadir pada mesyuarat hari ini termasuk Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dan Pastor Edwin Agong dan Rev Goh Cheng Gui daripada CPHM. – 8 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-jatuh-cinta-dengan-kumpulan-kristian-baharu#sthash.w4lyqCH1.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena