Friday, 21 August 2015

Separuh peserta BERSIH 4.0 adalah wanita...Selamatkan Ekonomi Negara!

Sabtu, 22 Ogos 2015
bersih-zuraidah
Separuh peserta BERSIH 4.0 adalah wanita 

Mereka akan berhimpun secara aman dan menuntut lima perkara dalam tuntutan Bersih 4.0. 

PETALING JAYA: Parti Keadian Rakyat (PKR) menjangkakan perhimpunan aman Bersih 4.0 pada hujung bulan ini, akan mendapat sokongan daripada wanita. 

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin menjangkakan lebih separuh daripada peserta yang datang terdiri daripada kaum hawa. 
BERSIH 4

“Mereka akan berhimpun secara aman dan menuntut lima perkara dalam tuntutan Bersih 4.0. “Lima tuntutan Bersih 4.0 adalah mahu pilihan raya yang bebas dan adil, ketelusan kerajaan, hak berhimpun, memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi dan menyelamatkan ekonomi negara,” jelasnya. 

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook PKR, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bantahan itu merupakan satu peluang besar kepada rakyat yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada ditindas kerajaan. 

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu peka terhadap kegawatan ekonomi semasa yang dihadapi negara dan harus menyuarakan kebimbangan ini di saat kita semakin hampir kepada Hari Kemerdekaan. 

Turut disuarakan ialah tentang pemisahan kuasa dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan dan badan kehakiman agar ia dapat menyediakan ruang yang lebih demokratik dan kurang campur tangan kerajaan. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena