Sunday, 23 August 2015

UAA pandang berat kenyataan Hadi...Pada saat sebok Bersih 4 & desak Najib letak jawatan, dia sebok suruh 'kosongkan kerusi'? Alamak!

Isnin, 24 Ogos 2015


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut Hadi berkata kini terpulang kepada maruah pemimpin itu untuk mengosongkan kerusi masing-masing seperti yang dijanjikan.

"Mengikut perlembagaan parti, keahlian mereka gugur secara automatik jika mereka menyertai parti lain.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka maklum dan mengetahui mengenai baiah yang dibuat. Sepatutnya kena kosongkan kerusi jika sudah menyertai parti lain," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Harapan Baru Istiqomah Bersama Memperjuangkan Islam Membela Rakyat dan Membina Negara

KENYATAAN MEDIA –
23 Ogos 2015

Saya memandang berat kenyataan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.

Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.

Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.

Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas pelbagai skandal 1-MDB khasnya perpindahan wang RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan. Ruang mitigasi fiskal mengelak kegawatan kewangan semakin sempit dan ‘tambatan ringgit’ tidak akan berkesan ketika simpanan asing terus mengecil.

Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara.

Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
GERAKAN HARAPAN BARU

KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena