Wednesday, 6 January 2016

Bencana Aluminium Hidrokside! Siapa peduli nasib rakyat Pahang? Kalau belaku kat Penang, dah lama Guan Eng jadi pasemboq.

Rabu, 6 Januari 2016
Dulu politik merah, sekarang baju dan pencemaran merah
oleh Mariam Mokhtar

Ada satu lagi ancaman merah, lebih menakutkan dan lebih memusnahkan rakyat Malaysia. Ancaman merah ini tidak datang dari komunis dan ia bukanlah penyangak digelar “baju merah”, di mana kerja mereka adalah untuk mengalihkan perhatian kita dari skandal 1MDB dan derma RM 2.6 bilion, yang berakhir dalam akaun peribadi Najib. 

Jauh dari pusat kerajaan, di Putrajaya, dan sekitar 50km dari kawasan Najib, Pekan, di bandar Kuantan. Berhampiran dengan Kuantan ialah Felda Bukit Goh. Di sini kita boleh menyaksikan bencana itu disebabkan oleh ketamakan manusia, dan ketidakpedulian. 

Akhirnya, kita akan menyaksikan kejatuhan manusia yang bersikap acuh tak acuh dan pentingkan diri sendiri. Kuantan yang malang. Penduduknya masih selesa dengan kesan tidak jelas sisa radioaktif, dari Kilang Lynas. 

Kini, mereka dihentam pula dengan kemusnahan alam sekitar, kesihatan mereka serta pelancongan yang terjejas. Sumber kecelakaan terbaru ini ialah aluminium dikenali sebagai bauksit, komponen utama ialah aluminium hidrokside.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
 pasemboq


Deep......
Siapa yg peduli nasib rakyat Pahang?


Kalaulah kes bauxite Kuantan terjadi di Selangor atau Penang:

1. 15 ribu laporan polis dah kena buat oleh "NGO"

2. TV3 buat special report bertajuk “Nelayan hilang punca pendapatan. Mangsa kerakusan kerajaan pembangkang".

3. Ada agamawan keluarkan pendapat keagamaan kenapa rakyat perlu membantah.

4. Page di media sosial dah penuh dengan list nama, alamat dan number pemegang kepentingan dalam syarikat perlombongon.

5. MACC dah bukak 8 ribu kertas siasatan.

6.JAS dah keluar tender buat study EIA.

7.JPJ dah sita 500 lori.

8. Menteri dah posing atas jalanraya Kuantan, baju putih ditempek tanah merah keluar statement “Kerajaan memandang serius pekara ni.

9. Utusan Malaysia dah letak gambar makcik jual nasi lemak tepi jalan yang nasi lemak dia dah penuh tanah. Makcik tu mesti Melayu, ibu tunggal, anak OKU. Title “Melayu merana di tanah sendiri”.

10. Azmin Ali jadi satay Kajang. Guan Eng jadi pasemboq.

11. Abang Ali Tinju dah buat demonstrasi 50 ribu orang.





Ribuan ikan yg mati di Sungai Tongek, Gebeng, Kuantan Pahang adalah kerana tidak pandai menyelam serta berenang sekian.


Selagi 'beruk2; ni boleh menipu selagi itulah depa menipu...





Harian Metro hari ini.
BUKAN SALAH KAMI katanya......
Habis salah siapa...........????!!!!




Sultan Pahang Melayu..
MB Pahang Melayu...
Mufti Pahang .. Melayu...
Majoriti EXCO Melayu..
SUK Pahang Melayu..
Pengarah Kesihatan Pahang.. Melayu..
Pengarah Jab Alam Sekitar Pahang.. Melayu..

Yang jadi mangsa ... juga Melayu....




Kalau betul sireh yang menjadi punca pencemaran ni,sy mintak gov buat usul haram kan sireh di Pahang,letak sireh bawah akta racun,bahaya sungguh sireh ni,yang mana produk berunsur sireh pun kita mintak kkm tarik lesen mereka!kalau perlu repot polis,kita buat repot!halal haram,halal haram,haram jadah sungguh!...hihihi





" Sireh punca pantai sekitar Kuantan bertukar menjadi merah..
Pekerja asing dilihat gemar meludah merata rata disekitar pelabuhan Kuantan.. "

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena