Video Sidang DUN Terengganu - Antara Soalan Rhu Rendang bab Hudud PAS & Jawapan Exco Terengganu
Saya baru tengok video persidangan dewan undangan negeri Terengganu.... Sidang dalam tahun 2011, maknanya ketika itu Adun PAS ada 8 orang, termasuk Haji Hadi (Rhu Rendang), Harun Taib (Manir) dan lain-lain.
Koman sangat wakil-wakil rakyat PAS rupanya.... 8 orang ulamak dan lebai PAS, berbahas bab HUDUD, kena check-mate dengan seorang Adun BN je...! YB Khazan Che Mat, Adun Batu Rakit dengan selamba dan bersahaja menyekolahkan ulamak dan lebai PAS mengenai Hudud, dalam Dun Terengganu, ketika menjawab soalan bertulis dari Haji Hadi....
Itu Haji Hadi dan Harun Taib ada sekali tu... Itu berbahas bab Hudud tu...... Itupun PAS kena check-mate dengan Adun BN... terkedu...! Wakil rakyat PAS hanya mampu memberi respon bodoh dan bertanya soalan bodoh saja.... Apa yang lebai PAS tahu, sebenarnya...?
Sampai ke satu peringkat, Khazan Che Mat kata, dalam Islam ada perkara-perkara yang perlu kita dahulukan, ada perkara yang perlu dikemudiankan.... Misalnya, kalau kita tersesat di padang pasir. Kita hanya ada air sebotol. Mana yang patut didahulukan, nak minum ke atau nak buat ambik air sembahyang...? Hendaklah air itu kita simpan untuk minum. Kalau nak sembahyang, kita boleh tayammum.......
Adun PAS Bukit Payong (Mohamad Nor Hamzah) bangun, minta penjelasan..... Speaker tak bagi, tapi dia mencelah jugak..... Ingatkan nak minta penjelasan apa, rupa-rupanya dia bangun, dia tanya Khazan : "Ke dok payoh semayang?"
ek eleh..... setara tu je kemampuan ustaz PAS berhujah dalam dun.... kemudian dengan kasarnya berkata kepada Adun Batu Rakit, dalam keadaan dia tidak dibenarkan bercakap : "Contoh yang anta bagi tu, salohhh...."
Hadoiii...! Apa yang salahnya..? Betullah yang Khazan kata tu, kalau air tak cukup untuk minum, bila nak sembahyang, kita boleh tayammum.... Apa yang salahnya..?
Lagi pun, itu hanya contoh.... Bukan persoalan itu yang jadi pokok perbahasan.... Khazan menjawab soalan bertulis Haji Hadi tentang hudud.... Semasa Khazan jelaskan alasan-alasan kenapa kerajaan Terengganu masih belum mampu melaksanakan hudud, kenapa semua 8 orang diam....? YB Tepoh bangun, tanya soalan bodoh.... Harun Taib bangun hanya untuk marah ke speaker, nak tunjuk hero, padahal bila speaker bagi peluang dia bercakap, tak ada apa pun...!
Nawi (BN Hulu Besut) bangun, tanya Khazan, orang PAS kata kalau tak jalankan hudud, jadi kapir.... adakah sekarang kita jadi kapir...? (lek lu.... aku nak gelak jap... hahahaha!)
Khazan kata, betul lah hudud itu wajib, tapi tak sama dengan wajibnya sembahyang.... banyak benda wajib dalam agama, jawab salam pun wajib.... adakah kalau orang bagi salam kita tak jawab, terus jadi kafir...?
Rosul Wahid (Ajil) pulak bangun, katanya, masa PAS perintah Terengganu tahun 1999-2004 dulu, menteri besar (Haji Hadi) beritahu dalam dewan ini lah, saya ingat tarikhnya, pada 3.3.2000, dia kata, dalam Islam, hudud hanya 0.00001% saja.... (maksudnya, masa jadi pembangkang, PAS memainkan isu hudud untuk kepentingan pilihanraya saja, sedangkan masa PAS memerintah, mereka memperkecilkan soal hudud).
Kesimpulannya.....
Haji Hadi dan lebai-lebai PAS bukannya cerdik sangat.... Dalam bab politik memang kita semua tahu kemampuannya, tapi dalam bab agama pun, bukanlah setara mana sangat.... setaraf ustaz sekolah menengah je...
SUMBER KLIK SINI Syssss
KedahLanie.
SUMBER KLIK SINI Syssss
KedahLanie.
0 comments:
Post a Comment