Saturday, 30 January 2016

Tanda Presiden PAS Semakin Malap? Haji Hadi percaya cakap menteri, AKHIRNYA TERTIPU & Kedatangan Muram Demo Anti TPPA.

Ahad, 31 Januari 2016
Kedatangan Muram Demo Anti TPPA Tanda Presiden PAS Semakin Malap

Perhimpunan anti TPPA ini penting untuk Presiden PAS serta PAS.
Isu TPPA bukan isu sangat.
Yang pentingnya PAS hendak menunjukkan Presiden mereka masih berpengaruh besar serta mampu menggerakkan rakyat.
Atas sebab itu Presiden PAS sendiri berkempen dengan memegang poster menyeru rakyat turun ke demo di PAdang Merbuk pada 23 January 2016.
DIberitakan telah dikerah dan diwajibkan semua pelusuk PAS Kawasan2 untuk menghadiri perhimpunan tersebut.
Banyaknya bas telah ditempah untuk mengangkut para pserta demo itu.

Tampak ramai yang yakin kedatangan akan melimpah ruah sehingga tidak cukup tempat di PAdang Merbuk tersebut.
Malangnya, hasil dari kempen dapat dilihat di bawah:
Jelas dari komen mereka yang hadir juga agak negatif seperti di bawah:
Kesimpulannya, Presiden PAS tidak lagi dilihat memperjuangkan nasib rakyat apabila beliau boleh duduk sepentas dengan Najib Tun Razak.
Kalau Presiden PAS dah baik dengan Najib, buat apa nak sokong Presiden PAS lagi.
Baik sokong Najib Tun Razak terus.
Agaknya itulah sebabnya kehadziran Demo TPPA begitu muram.
Hakikatnya, PAS sudah pun menjadi parti perkauman dan musuh PAS sama dengan musuh UMNO, yakni DAP dan Amanah

TULANG BESI

HAJI HADI PERCAYA CAKAP MENTERI , AKHIRNYA TERTIPU.

PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.

Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.

Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.

Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.

Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.

“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.

“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).

“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujarnya.
Posted by mantaro on 30 January 2016,

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena