Krikk... Krikk... Krikk...
Habis Madu, Sepah Dibuang upset emoticon
cc: Najib Razak + Mukhriz Mahathir
Berkata benarlah wahai Azeez ....
Ketua Wanita UMNO Kedah itu sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tujuan sidang media tersebut dan ketika diminta menyertai sidang media itu, kehadirannya hanya untuk mengambil tahu perkembangan parti.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut mengesahkan dakwaan Maznah.
“Mereka beritahu saya mereka ke situ untuk sesi penerangan, dan mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu akan ada sidang media untuk menyeru penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya.
“Daripada apa yang diperkatakan sekarang ini, saya fikir semakin jelas apa yang beliau (Ahmad Bashah) katakan tidak sepenuhnya tepat.”
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
‘Pemberontak’ UMNO Kedah sedari tujuan sidang media
Ahli Parlimen Baling sangkal pemimpin UMNO Kedah yang mendakwa tidak tahu menahu usaha menyingkirkan Mukhriz.
PETALING JAYA: Pimpinan UMNO Kedah yang menghadiri sidang media kelmarin sebenarnya “menyedari” tujuan sidang media yang menyeru penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dakwa Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
“Saya berada di situ, dan saya sedar tujuan saya berada ke situ, dan begitu juga semua mereka yang hadir,” kata Abdul Azeez.
“Sekiranya Maznah Hamid tidak setuju dengan tujuan acara semalam (kelmarin), beliau boleh pergi pada bila-bila masa. Beliau (Maznah) duduk di sebelah saya,” katanya kepada Malay Mail Online semalam.
Ketua Wanita UMNO Kedah itu sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tujuan sidang media tersebut dan ketika diminta menyertai sidang media itu, kehadirannya hanya untuk mengambil tahu perkembangan parti
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut mengesahkan dakwaan Maznah.
“Mereka beritahu saya mereka ke situ untuk sesi penerangan, dan mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu akan ada sidang media untuk menyeru penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya.
“Daripada apa yang diperkatakan sekarang ini, saya fikir semakin jelas apa yang beliau (Ahmad Bashah) katakan tidak sepenuhnya tepat.”
Kelmarin, UMNO Kedah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengugurkan Mukhriz daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri atas alasan kegagalan mentadbir negeri, gagal menyatu padukan ahli parti, dan tiada rancangan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
FMT.
0 comments:
Post a Comment