Monday, 11 January 2016

PAKATAN HARAPAN Sanggup Ketepikan Kepentingan Parti Masing-masing Demi Rakyat. ALHAMDULILLAH.

Isnin, 11 Januari 2016

PAKATAN HARAPAN Sanggup Ketepikan Kepentingan Parti Masing-masing Demi Rakyat

PAKATAN HARAPAN SANGGUP KETEPIKAN KEPENTINGAN PARTI MASING-MASING DEMI RAKYAT ALHAMDULILLAH. 

http://www.themalaysianreserve.com/new/sites/default/files/styles/698x498/public/Pakatan%20Harapan%20-%20PKR%20-%20DAP%20-%20Amanah.jpg?itok=R2QOEBla
Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi akhirnya Pakatan Harapan berjaya menunaikan janji untuk melupakan kepentingan parti masing-masing demi memenuhi kehendak rakyat jelata. Perjanjian persefahaman Pakatan Harapan akhirnya dimeterai dengan satu keberanian luar biasa iaitu dengan menghapuskan kaedah " Bersetuju untuk tidak bersetuju". 

Tiada siapa pun boleh menafikan sekarang ini majoriti rakyat semua kaum amat benci dan meluat kepada Umno/Bn. Bahkan, di kalangan ahli-ahli Umno sendiri mereka tidak dapat menafikan tentang kebencian ramai ahli-ahli Umno terhadap Najib, Presiden mereka. 

Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas membuktikan semua dakwaan ini di mana suara-suara yang mahu mempersoalkan isu 1 MDB dan RM 2.6 Bilion itu digam dari bercakap. Paling mengaibkan, mulut Timbalan Presiden Umno sendiri, Muhyidin Yasin juga digam dari bercakap. Umno benar-benar nazak dewasa ini. Lazimnya, orang yang nazak atau kelemasan akan berpaut kepada apa saja, hatta najis sekalipun. 

Umno pasti akan berbuat demikian dan malang sekali jika ada mana-mana pihak mahu menjadi 'najis' untuk dipaut oleh parti ini. Sehubungan itu, wajar sekali Pakatan Harapan muncul di saat-saat Umno nazak agar rakyat terutamanya ahli-ahli Umno dan penyokong mereka boleh selamatkan diri dan menyertai Pakatan Harapan. Pakatan Harapan akan muncul sebagai harapan baru kepada mereka. Sebelum ini Pakatan Rakyat terlalu banyak melalui krisis akibat daripada perbezaan pendapat, dan ada ketikanya krisis ini dapat diredakan dan ada yang menemui jalan buntu. 

Kebuntuan ini adalah berpunca dari konsep "Bersetuju untuk tidak bersetuju" di mana mana-mana parti di dalam PR waktu itu akan menggunakan nas ini untuk mengharuskan perbezaan pendapat yang akhirnya menjadi nanah buat PR itu sendiri. Masing-masing akan mempertahankan pendapat masing-masing sehingga sanggup melakukan apa sahaja hatta untuk berpisah dengan rakan sendiri. Pengalaman ini mengajar Pakatan Harapan. Usaha mesti dilakukan untuk mengurangkan permasalahan ini. 

Tiada jaminan bahawa tiada masalah akan berlaku jika PH memansuhkan konsep itu, namun paling tidak ianya mampu mengurangkan permasalahan menguruskan perbezaan pendapat sesama rakan PH. Tentunya usaha ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa PH cuba untuk menjadi satu gabungan 'sehati sejiwa'. Di antara KEADILAN, Dap dan Amanah, jiwa-jiwa ini mesti disatukan dengan meletakkan sasaran utama iaitu rejim Umno/Bn sebagai musuh bukan rakan. 

Kita tidak mahu di dalam satu pasukan tentera yang terdiri dari Tentera Darat, Laut dan Udara, apabila kita menggempur kubu musuh, tiba-tiba pasukan Tentera Udara menjatuhkan ubat-ubatan dan makanan kepada kubu musuh. Jika ini berlaku, sudah pasti musuh tidak akan dapat kita kalahkan dan tidak mustahil musuh yang sedang lemah menjadi kuat semula. 

Tahniah kepada pimpinan Pakatan Harapan yang sanggup mengenepikan sementara kepentingan parti masing-masing demi membela nasib rakyat terbanyak. Berundur setapak ke belakang untuk maju sepuluh tapak lagi ke hadapan. 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena