Saya pilih kekalkan caruman KWSP 11 peratus
Tujuan kerajaan mengumumkan pengurangan tiga peratus caruman KWSP bagi individu melalui Pengubahsuaian Bajet 2016 adalah baik untuk negara tetapi tidak baik untuk saya.
COMMENT
Pagi tadi sebaik masuk pejabat, saya terus bergegas ke bilik Pegawai Sumber Manusia (HR). Mujur ketika itu tiada orang, cepatlah saya dilayan.
“Kak, pasal caruman KWSP dikurangkan tiga peratus. Saya mahu kekalkan kepada 11 peratus, asal,” awal-awal saya beritahu supaya tidak berlaku apa-apa salah faham. Malah, saya juga sudah tulis surat supaya ada pengesahan secara hitam putih.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengurangan tiga peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bagi individu melalui Pengubahsuaian Bajet 2016.
Bukan saya tidak faham kehendak dan keperluan kerajaan dan Perdana Menteri berbuat demikian, tetapi cuma saya tidak mahu menggadaikan wang yang akan digunakan pada usia emas kelak.
Tahu atau tidak, saya seorang ibu moden yang masih mengejar cita-cita untuk settle down dalam hidup. Dua anak, suami pun kerja biasa-biasa, bukan mudah untuk saya melalui fasa ini.
Malah sejak beberapa tahun yang lalu, saya juga tidak dapat berjimat. Bajet saya setiap tahun cukup-cukup, sebahagian besar habis untuk pendidikan anak, duit rumah dan kenderaan serta insurans.
Ramai rakan-rakan sebaya saya juga senasib saya. Kami banyak berbincang mengenai taraf hidup yang kian mencabar tetapi mujur masih dapat berjuang.
Apabila berita pengurangan kadar caruman KWSP tiga peratus dari bahagian pekerja dikurang diumum, saya segera bersorak, “Yeay, banyak sikitlah gaji nanti!”
Tetapi sesegera itu juga saya tersedar, “Saya bukannya akan simpan wang itu. Saya pasti akan terangsang untuk beli itu dan ini, kemudian kena pula GST. Tak itu, saya juga kena bayar cukai pendapatan yang lebih ekoran gaji saya nanti lebih tiga peratus. Jadi saya tak akan dapat ‘menyimpan’ wang itu.
“Akhir-akhir ini, saya selalu baca dan dengar nasihat pakar kewangan tentang pentingnya kita berjimat cermat pada waktu-waktu genting ini, dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, dalam pengubahsuaian Bajet pula pihak kerajaan terpaksa mendorong kita berbelanja demi merangsang ekonomi negara yang kian lembap. Sangat redundant, saya faham, tapi keliru.”
Apapun, persoalan paling penting untuk diri saya ialah, adakah dengan berbuat demikian ekonomi peribadi saya bertambah baik? Tiga peratus hanyalah sikit tetapi dalam jangka masa panjang, ia pasti akan menjana satu amaun yang signifikan. Saya tidak pasti. Saya bukan pakar ekonomi atau penganalisis politik. Saya tak pasti apa yang saya perlu buat.
Cuma, saya tidak mahu menggadaikan satu-satunya simpanan yang ada sekarang, ‘simpanan secara paksa’ iaitu caruman wang KWSP. Jadi buat masa ini, saya mahu kekalkan kontribusi saya 11 peratus…
Mungkin sehingga saya mendapat alasan yang wajar dan kukuh untuk tidak berbuat demikian.
FMT.
Kebanyakan
yang ditemui berpendapat, mereka lebih memikirkan tentang persaraan
berbanding mendapat sedikit tambahan pendapatan pada hujung bulan. - See
more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf
Kebanyakan
yang ditemui berpendapat, mereka lebih memikirkan tentang persaraan
berbanding mendapat sedikit tambahan pendapatan pada hujung bulan. - See
more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf
0 comments:
Post a Comment