Friday, 8 July 2016

Bersyukur lah Negaraku! Pemuda UMNO Malu Dengan Menteri Bodoh....Siapa Ek!

Sabtu, 9 Julai 2016
Page Liked · 9 hrs
 
Bersyukur lah Negaraku Masih Aman...!

Pemuda UMNO Malu Dengan Menteri Bodoh....Siapa Ek!
Pemuda UMNO menegur anggota Kabinet supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak berkaitan isu kenaikan harga khususnya tol.
Ia merujuk kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang berulang kali meminta pengguna mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang akan menaikkan kemarahan rakyat dan berpendapat adalah lebih baik jika menteri berkenaan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol. Tidak boleh begitu jawapannya Datuk,” ujarnya dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein pada Selasa.
Fadilah sewaktu sesi soal jawab di Parlimen menjelaskan pemandu tiada cara lain tetapi untuk mengambil laluan alternatif jika merasakan kadar baru tol yang dikenakan adalah tinggi.
“Saya melihat semua jalan ada jalan alternatif, cuma alternatif itu orang tidak tahu. Sebab itu kita kena tengok smart travel, kalau betul tidak ada (laluan alternatif) beritahu saya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena