Friday 8 July 2016

[Video Takbir Raya] Amanah terbitkan video takbir raya oleh pimpinannya.

Sabtu, 9 Julai 2016

Amanah terbitkan video takbir raya oleh pimpinannya

Video takbir raya yang memaparkan pimpinan utama Amanah bertakbir raya.
ideo takbir raya yang memaparkan pimpinan utama Amanah bertakbir raya.
Kalau selama ini kita melihat takbir raya oleh para artis dan ustaz-ustaz, menjelang sambutan hari raya Aidil Fitri kali ini, parti politik paling muda di Malaysia, Parti Amanah Negara (Amanah) menerbitkan video takbir raya mereka sendiri.
Video berdurasi 5.20 minit yang diterbitkan oleh Media Oren, saluran rasmi Amanah itu turut memaparkan pimpinan utama Amanah termasuk presidennya Mohamad Sabu bertakbir raya.
Majlis itu dipimpin oleh Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin.
Turut kelihatan dalam rakaman yang dibuat di pejabat Amanah itu adalah timbalan presiden Salahudin Ayub serta setiausaha agung Anuar Tahir.
Mereka memakai baju raya masing-masing termasuk ada yang berbaju oren, warna rasmi untuk Amanah.
Selain bertakbir, video itu turut memaparkan Mohamad Sabu mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam di negara ini.
Video itu mula disiarkan petang Selasa melalui Youtube, kumpulan whatapps dan juga Facebook.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena