Tangkap PokeMO1 Go!
27 Ogos 2016, 2pm
@ Dataran Merdeka
#TangkapMO1
27 Ogos 2016, 2pm
@ Dataran Merdeka
#TangkapMO1
Mufti: Salah tadbir bahaya lebih besar dari Pokemon
ULASAN l Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokemon.
Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokemon ini.
Hebat benar nampaknya 'game' itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak
berbicara tentangnya.
berbicara tentangnya.
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.
Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini.
Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.
Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokemon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat.
Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokemon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokemon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.
Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokemon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.
Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokemon, padahal negara sedang musnah disebabkan 'pokemon salahguna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan.
Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.
Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokemon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita.
Juga, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokemon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah mufti Perlis dan artikel ini kali pertama disiarkan melalui ruangan Facebooknya.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment