Thursday, 11 August 2016

‪#‎TangkapMO1‬! Biro Undang-Undang Pemuda Amanah sedia membela sebarang provokasi, tangkapan dan tindakan undang-undang.

Khamis, 11 Ogos 2016
27 Ogos 2016, 2pm
@ Dataran Merdeka
Sebarkan..

Kanun Amanah lancar bilik gerakan dan talian hotline peguam

Biro Undang-undang Pemuda Amanah (Kanun Pemuda) melancarkan Bilik Gerakan Peguam serta Talian Hotline Peguam bagi memantau dan memberikan khidmat guaman secara percuma atas sebarang tindakan perundangan serta sebarang tangkapan terhadap para peserta Himpunan Aman pada 27 Ogos ini. 
Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Pemuda Amanah Nasional, Zainal Said berkata,Kanun Pemuda bersedia membela sebarang provokasi, tangkapan dan tindakan undang-undang melalui Talian Hotline Peguam yang akan dihebahkan pada jam 12 tengah malam tarikh 26 Ogos, 2016 iaitu sehari sebelum berlangsungnya Himpunan Aman.
"Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang sabotaj dan pengodaman pihak-pihak tertentu termasuk mengedarkan Panduan Khas Ringkas berkenaan tangkapan polis kepada awam.
"Kanun Pemuda berkeyakinan penuh bahawa Himpunan Aman 27 Ogos, ini adalah petanda aras kemenangan kepada seluruh gerakan mahasiswa dan anak muda yang berjuang bertungkus lumus tanpa jemu dan lelah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dalam negara Malaysia yang kini terjerumus ke kancah kemelut politik dan ekonomi yang parah serta terumbang ambing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau Kanun Pemuda berpegang teguh bahawa kebebasan untuk bersuara dan berhimpun adalah suatu hak asasi yang tidak boleh dinafikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Ia satu ketetapan yang termaktub di dalam Perkara 10 (1)(a) & (b) Perlembagaan Persekutuan, namun cuba disempitkan oleh pihak kerajaan.
"Malahan merujuk kepada Bahagian II Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) menyatakan secara tegas " Hak untuk menganjurkan atau menyertai Himpunan Aman Tanpa Senjata adalah jelas dibenarkan lagi disahkan oleh undang-undang negara.
"Berpandukan Subseksyen 15 (5) (a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang telah sebelum ini dibatalkan oleh Keputusan Mahkamah Rayuan dalam Kes MUHAMMAD HILMAN IDHAM & LAIN-LAIN [ 2011 ] 6 MLJ 507 yang memberi implikasi bahawa " (1) Perkara 10 Perlembagan Persekutuan menjamin akan hak asasi para mahasiswa ; (2) AUKU dan mana-mana undang-undang kampus hendaklah mematuhi Perlembagaan serta (3) Kuasa mahasiswa dan Kesatuan Mahasiswa telah diperluaskan termasuk hak asasi bagi menyuarakan pandangan, idea, bersuara atau keterlibatan dalam mana-mana organisasi / badan hak asasi yang sah," terangnya.
Justeru kenyatana itu menegaskan pihak kerajaan dan polis agar secara konsisten mendokong kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan menjamin sepenuhnya kelancaran perjalanan Himpunan Aman ini secara tuntas dan profesional.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena