Friday 4 November 2016

[Video] 'Kami tidak akan berganjak'...Malaysiakini lapor polis Jamal gertak mahu 'runtuhkan' bangunan esok...Moh kita pekena kopi dulu!

Jumaat, 4 November 2016


Jamal soal, Mkini perjelas sambil pekena kopi, teh tarik

Kedatangan kumpulan Baju Merah diketuai pemimpin Umno bahagian Datuk Seri Jamal Md Yunos di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya melibatkan perbincangan mesra di kedai kopi.
Selepas berkumpul di depan pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, seramai 10 wakil kumpulan itu diundang masuk untuk berbincang di dalam ruang pejabat portal berita ini.
Kumpulan Jamal disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua Pengarang RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia Jimadie Shah Othman.
Mereka kemudian diajak ke kedai kopi di bahagian bawah pejabat.
Selepas berbual-bual sebentar dan masing-masing memesan minuman – teh tarik, kopi O dan air mineral – Jamal memulakan kata dengan meminta penjelasan Malaysiakini berkaitan dana yang didakwanya diterima daripada hartawan asing George Soros.
Malaysiakini.

Malaysiakini lapor polis Jamal gertak mahu 'runtuhkan' bangunan esok

Portal media Malaysiakini hari ini membuat laporan polis terhadap amaran Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menggertak mahu 'meruntuhkan' bangunan Malaysiakini esok
Pengurus besar portal berita itu K Manohar telah membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya petang ini, susulan amaran Jamal di pejabat Malaysiakini semalam.
Jamal dalam kunjungannya bersama kira-kira 100 penyokong semalam memberi amaran sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh esok jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.
Jamal berkata: “Sekurang-kurangnya 20,000 orang akan turun ke sini. Dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan runtuh pada 5 November (esok).”
“Saya buat laporan polis ini dan dengan rendah diri mohon pihak polis turunkan pegawai untuk melindungi kakitangan dan pejabat jiran-jiran kami dan memastikan kawalan orang ramai bagi mengelakkan Baju Merah mengambil tempat seperti ancaman dibuatnya,” menurut Manohar dalam laporan itu dipetik dari portal berita itu.
Manohar juga memberikan transkrip pertemuan Jamal dan pengikutnya dengan pasukan Malaysiakini yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan.
Rakaman video pertemuan kira-kira 20 minit semalam turut diserahkan untuk membantu siasatan pihak polis.
Dalam pertemuan semalam, pengarang-pengarang Malaysiakini telah menjelaskan berkaitan sumber kewangan mereka dan berkaitan dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaska Soros untuk menghasilkan program berita berkaitan Sarawak di KiniTV.
Malaysiakini juga menjelaskan maklumat berkaitan bukan rahsia dan telah dimuatkan di laman web dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja, manakala aspek kewangan sudah diaudit setiap tahun dan terbuka kepada penelitian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena