Tuesday 8 November 2016

[Video Bajet 2017 diluluskan, Mengapa PAS BERKECUALI] M'sia 'susukan' Oxford berbanding IPTA? Oxford dpt RM64.68 juta..."Ke Oxford ni IPTA baru ke?"

Selasa, 8 November 2016

Image result for gambar kera hutan disusukan
Siapa yang menjual negara Malaysia kepada bangsa asing? Terbukti inilah kerja-kerja pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan-tangan Melayu Umno sendiri.

KANTOI LAGI.. Patutler bajet untuk universiti tempatan dipotong buat 2 tahun berturut-turut DAN digesa cari dana sendiri jgn nak bergantung peruntukan k'jaan..

RUPA-RUPANYA universiti asing yg dapat peruntukan dari KERAjaan Malaysia sebanyak RM64.68 juta !!!

IPTA tempatan... kena cari dana sendiri.. Oxford dpt RM64.68 juta... ke Oxford ni IPTA baru..??

Apa perlunya kerajaan beri RM55 juta kepada Universiti Oxford?


Mahasiswa AMANAH mempersoal kewajaran pihak kerajaan mengeluarkan wang hampir RM55 juta kepada sebuah universiti di luar negara
Mahasiswa AMANAH mempersoal kewajaran pihak kerajaan mengeluarkan wang hampir RM55 juta kepada sebuah universiti di luar negara
Mahasiswa Amanah mempersoal kewajaran pihak kerajaan mengeluarkan wang hampir RM55 juta kepada sebuah universiti di luar negara ketika peruntukan kepada seluruh Universiti Awam (UA) dipotong seperti dibentangkan dalam Bajet 2017.
Pengerusinya, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya memandang serius pembiayaan sebanyak itu kepada Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Universiti Oxford di United Kingdom yang dilihat seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kebuluran.
Menurutnya, situasi tersebut berlaku ketika peruntukan hampir semua UA dipotong antara 20 hingga 40 peratus manakala UA seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia menyaksikan potongan peruntukan yang sangat besar.
“Apakah logik di sebalik aliran wang keluar sehingga RM55 juta kepada universiti luar ini sedangkan pada masa sama peruntukan kepada UA dipotong sehingga 19.32 peratus iaitu RM1.456 bilion?
“Adakah dengan pembiayaan berjuta-juta ini bakal melihatkan peningkatan ketara jumlah pengambilan pelajar dari Malaysia oleh OCIS?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

M'sia 'susukan' Oxford berbanding IPTA?


Pengerusi sayap mahasiswa Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengkritik sumbangan kerajaan Malaysia - bernilai hampir RM55 juta - kepada Pusat Kajian Islam Universiti Oxford (OCIS).
Pengerusi Mahasiswa AMANAH Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata tindakan itu tidak wajar kerana pada masa sama kerajaan memotong peruntukan untuk universiti awam tempatan.
Tindakan itu katanya menunjukkan kerajaan seolah-olah "menyusukan kera di hutan, anak di rumah terbiar kebuluran".
Apa yang merisaukan mereka, katanya, ialah justifikasi kerajaan memberikan pembiayaan RM55 juta ini sedangkan dalam Bajet 2017 peruntukan pendidikan menyaksikan potongan sangat besar sehingga melihatkan beberapa pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan hampir semua universiti awam mengalami pemotongan peruntukan antara 20 hingga 40 peratus.
Secara keseluruhan kata Ahmad Fadhli perbelanjaan operasi universiti awam itu dipotong sehingga 19.32 peratus atau or RM1.456 bilion.
Katanya berdasarkan laporan media Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi menyatakan bahawa lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu "bersejarah" kerana bakal menyampaikan sumbangan negara bernilai RM12 juta bagi menyiapkan sebuah dewan baru.
"Apa yang mengejutkan ialah RM12 juta ini digunakan untuk hiasan dalaman dewan tersebut sahaja!
"Selain itu juga, dilaporkan juga bahawa sebanyak £10 juta (RM52.18 juta) juga telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia kepada OCIS," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ahmad Zahid dijadual mengadakan lawatan kerja lima hari ke UK mulai semalam dan akan menyampaikan ucap utama di OCIS esok.
Ia adalah lawatan rasmi kedua Ahmad Zahid ke negara itu sebagai timbalan perdana menteri.
Menurut media sumbangan bernilai £10 juta adalah untuk membantu menyiapkan pembinaan bangunan OCIS.
Kata Ahmad Fadhli timbalan perdana menteri perlu memberi penjelasan sama ada kerajaan "lebih suka membiayai hiasan dalaman sebuah universiti luar" berbanding memberikan peruntukan kepada institusi pengajian tinggi awam negara.
"Adakah dengan pembiayaan berjuta-juta ringgit ini bakal melihatkan peningkatan ketara jumlah pengambilan pelajar dari Malaysia oleh OCIS?" katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena