Thursday 3 November 2016

[Video Orfeus- Gelora Kuning] Bersedialah rakyat Malaysia untuk 'disembelih'...Sokong Bersih 5 jika mahu kerjasama, kata DAP kepada PAS

Khamis, 3 November 2016

Kalau anda boleh rap, ia suatu bonus. apa pun...
BANGKIT KAWAN BANGKIT!
BANGKIT DARI LENA!
REBUT DEMOKRASI (HEY!)
KEMBALI PADA KITA!
Nilai duit kita dari dulu hingga sekarang.
Makin lama makin mengecil...huhu

Bersedialah rakyat malaysia untuk disembelih...

Sokong Bersih 5 jika mahu kerjasama, kata DAP kepada PAS

 | November 3, 2016
Penyertaan PAS akan membuktikan parti Islam tidak bersekongkol dengan Umno, kata Nga Kor Ming
Nga Kor Ming
PETALING JAYA: Pembangkang sedia menyambut hasrat kerjasama daripada PAS tetapi parti Islam itu perlu menunjukkan kesungguhan dengan menyokong dan menyertai Bersih 5.
Pemimpin DAP Nga Kor Ming berkata pembabitan PAS dalam tunjuk perasaan 19 November ini akan menepis semua dakwaan parti Islam itu bersekongkol dengan Umno.
“Jika PAS ikhlas ingin bersama pembangkang dan bukan untuk menyelamatkan Umno-BN, maka sebagai langkah permulaan adalah wajar semua pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Bersih 5 serta menyertai himpunan aman ini tanpa sebarang syarat.
“Sebarang alasan untuk PAS tidak menyertai Bersih 5 boleh dianggap ingin bersekongkol dengan Umno dan melalui tindakan tersebut rakyat akan ketahui agenda sebenar parti itu,” kata Ahli Parlimen Taiping itu kepada FMT.
Semalam Hadi berkata PAS terbuka kepada kerjasama dengan pembangkang untuk menjayakan rancangan 1 lawan 1 menentang BN dalam pilihan raya akan datang.
PAS sebelum ini bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah, dan mengekalkan satu bentuk persefahaman dengan PKR, dan Umno dalam perkara melibatkan agama.
Minggu lepas, menteri hal ehwal Parlimen Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Dewan Rakyat tidak ada masa untuk membahaskan usul Hadi, yang dilihat akan membuka laluan kepada PAS melaksanakan enakmen hukuman jenayah syariah baharu di Kelantan.
Kor Ming berkata parti pembangkang lain sebulat suara menyokong dan menyertai Bersih 5, yang diadakan bagi mendesak reformasi sistem pilihan raya dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kegagalan PAS untuk bersama Bersih akan meperlihatkn parti itu sudah menjauhkan diri daripada matlamat Deklarasi Rakyat dan pakatan pembangkang harus terus mara ke depan tanpa PAS,” katanya.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata partinya tidak akan menyertai Bersih 5 kerana matlamat gabungan itu tidak sama dengan perjuangan PAS.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena