Friday 11 November 2016

[Video] "TUN Mahathir 'SERANG' Dewan Rakyat Secara Berdepan" NAJIB & SPEAKER cabut lari? Pidato khas Dr M dalam Konvensyen HARAPAN esok (Sabtu).

Jumaat, 11 November 2016

Pidato khas Dr M dalam Konvensyen HARAPAN Sabtu ini


Pengerusi Tun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan pidato khas dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali di Shah Alam, Sabtu ini.
Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapannya bersama-sama tiga lagi pemimpin utama HARAPAN, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara atau AMANAH).
Ia memberi gambaran kerjasama lebih erat BERSATU, serpihan Umno yang baru ditubuhkan, dengan HARAPAN untuk berdepan pilihan raya umum depan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataannya berkata konvensyen itu akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang lebih besar dan kuat serta memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN.
Konvensyen itu akan berlangsung pada dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 orang.

PAS bagaimanapun hari ini mengesahkan mereka tidak akan hadir dalam acara itu memandangkan mereka hanya mahu bekerjasama dengan PKR sahaja, bukan HARAPAN.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena