Friday, 3 February 2017

20 sen & Transaksi berkaitan 1MDB lagi... Switzerland denda bank urus akaun syarikat Jho Low.

Jumaat, 3 Februari 2017
Image result for Gambar PM najib RM0.20 sen
Foto Otai BERSIH.
Berita Terkini.
PM Najib Tun Razak memberi jaminan wang 2.6b itu akan di kembalikn kpd penderma dlm masa 3 hari setelah mendapat persetujuan dr Menteri Kewangan Dato Seri Najib Tun Razak.
Langkah bijak beliau di sambut baik oleh President Umno Dato Seri Najib Tun Razak yg sempat menghubungi beliau sebentar tadi. Keikhlasan PM turut di puji oleh Penasihat 1MDB iaitu Dato Seri Najib Tun Razak yg turut gembira isu ini dpt selesai dgn baik & diterima oleh 3 juta penyokong UMNO.
Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kesyukuran dan berharap isu 2.6b tidak lagi dibesar-besarkan oleh org2 yg tidak bertanggung jawab. Dalam pada itu pengerusi Ketua Bahagian UMNO Pekan Dato Najib Tun Razak memuji langkah bijak PM yg pasti meyakinkan pelabur2 & penderma2 luar negara memilih Malaysia yg mempunyai nilai matawang yang tinggi dr Perlis hingga ke Johor.
Perdana Menteri Dato Seri Najib turut mengucapkan syabas kpd LHDN yg telah menunjukkan integriti yg tinggi dlm isu ini.
Sekian.

Switzerland denda bank urus akaun syarikat Jho Low


Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengarahkan Coutts & Co Ltd, milik Royal Bank of Scotland, menyerahkan keuntungan haram 6.5 juta francs (RM29.1 juta) yang diperoleh daripada transaksi berkaitan 1MDB.
Finma, dalam kenyataannya hari ini ini, berkata Coutts dengan serius melanggar undang-undang pengubahan wang haram negara itu kerana gagal membuat semakan latar belakang mencukupi terhadap perhubungan perniagaan dan transaksi berkaitan 1MDB.
Pihak berkuasa Switzerland juga berkata sedang berkira-kira melaksanakan prosiding terhadap pekerja-pekerja bank itu yang bertanggungjawab atas transaksi itu.
“Bank itu gagal mengesahkan dengan memuaskan keadaan sekitar beberapa perhubungan perniagaan dan transaksi yang luar biasa besar dan berisiko tinggi.

“Sebagai tambahan, ia tidak membuat penelitian lanjut terhadap maklumat dalaman yang relevan, walaupun ada bukti substantif, gagal melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa Switzerland sehinggalah musim bunga 2015.

“Memandangkan kurangnya kawalan pengubahan wang haram bank itu dalam kes ini, Coutts secara serius telah melanggar tugasnya untuk memastikan amalan perniagaan yang baik,” katanya.
Antara transaksi itu, kata Finma lagi, ialah pemindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada akaun yang dibuka oleh “ahli perniagaan muda Malaysia” pada musim luruh 2009.
Transaksi itu telah diperincikan dalam pemfailan saman sivil 136 halaman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang menyebut AS$700 juta telah dipindahkan daripada Good Star Limited, milik hartawan Pulau Pinang Jho Low, di Coutts.
Langkah itu bertujuan menyita aset yang diperoleh menggunakan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

DOJ juga berkata AS$700 juta itu pada mulanya untuk usaha sama 1MDB- PetroSaudi tetapi kemudian menyimpang kepada hartawan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena