Friday, 3 February 2017

“No Ban, No Wall” PH, Bersatu, Perkasa dan aktivis bantah tindakan rasis Trump & Pemimpin Pas pula berbaju logo Utusan

Sabtu, 4 Februari 2017
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.
Foto Rayme Rahman.

Foto Hazwan Haniff.

PH, Bersatu dan aktivis bantah tindakan rasis Trump

Pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan memorandum bantahan ke atas Presiden Amerika (AS) Syarikat Donald Trump di Kedutaan AS di ibu negara, semalam.
Bantahan itu berikutan tindakan Trump rakyat tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman daripada memasuki negara itu.
Pemimpin utama Pakatan Harapan dan Bersatu diiringi ratusan orang yang berkumpul selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak.
Mereka kemudiannya berarak sejauh 600 meter ke Kedutaan AS sambil melaungkan slogan “No Ban, No Wall” dan mengangkat pelbagai sepanduk.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan, tindakan Trump itu bukannya untuk menentang militan Daesh sebaliknya bertindak rasis kepada umat Islam.
"Bantahan ini bukan sahaja dibuat oleh orang Islam, malah mereka juga yang bukan beragama Islam termasuklah rakyat dari negara Eropah seperti Kanada, Italy dan Jerman.
"Trump bukan dilihat hendak menangani kumpulan pengganas Daesh, tapi kita lihat dia menentang hak asasi perintah eksekutif yang mencelakakan," katanya ketika berucap sebelum menyerahkan memorandum.
Beliau berkata, ini adalah satu tindakan perkauman dan rasis yang cuba dihidupkan oleh seorang presiden dari sebuah negara yang liberal dan demokratik.
Katanya, dunia kini sedang menuju kepada situasi yang buruk, bukannya aman.
"Kita tak ada masalah jika mereka kata militan dan pengganas tidak dibenarkan masuk ke sesuatu negara, tapi ini bukan soal militan dan pengganas. Ini soal hal asasi manusia. Kemungkinan selepas ini negara-negara lain pula yang akan disekat," katanya.
Memorandum itu kemudiannya diserahkan pada jam 3.15 petang kepada wakil kedutaan.
Ahli Parlimen DAP dari kawasan Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika ditemui pemberita berkata, dasar tidak demokratik yang dilaksanakan Trump itu bukan sahaja dilihat dunia sebagai diskriminasi terhadap umat Islam, malahan kemanusiaan secara keseluruhannya.
“Mengapakah Najib sehingga kini masih tidak kata apa-apa? Adakah kerana beliau takut dengan pihak berkuasa AS yang kini sedang menyiasat skandal melibatkan 1MDB?” – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Namun, dalam kemarahan masyarakat dunia terhadap langkah sekatan itu, katanya, sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini menimbulkan tanda tanya.
“Mengapakah Najib sehingga kini masih tidak kata apa-apa? Adakah kerana beliau takut dengan pihak berkuasa AS yang kini sedang menyiasat skandal melibatkan 1MDB?” soalnya.
Marina Mahathir antara aktivis yang sama-sama membantah Donald TrumpMarina Mahathir antara aktivis yang sama-sama membantah Donald TrumpMalaysia Dateline

Pemimpin Pas berbaju logo Utusan, Najib kata Flotilla lambang perpaduan

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein  ketika menyaksikan  kapal Nautical Aliya berlepas dari pelabuhan.
'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' yang diketuai Umno semalam menyaksikan pemimpin Pas turut mengenakan pakaian berlogokan Utusan Malaysia dan Media Prima.
Antara mereka yang memakai baju berwarna putih dan berlengan panjang itu Ketua Dewan Muslihat Pas Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan beberapa pimpinan sayap wanita parti itu.
Turut berpakaian sama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat seperti Dr Riduan Mohd Nor dengan masing-masing menyarung jaket perang berlogokan Pas.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat hanya berpakaian kemeja panjang putih berjalur dengan jaket berwarna coklat itu.
Penampilan pemimpin Pas bersama logo Utusan Malaysia itu dilihat bercanggah dengan pendirian pembangkang sebelum ini yang pernah melancarkan kempen memboikot akhbar tersebut beberapa bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
Tindakan berkenaan diambil ekoran sikap media yang dikuasai Umno-BN itu yang cenderung menyiarkan laporan negatif berkaitan blok pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak turut mengakui misi bantuan yang membawa 2,200 tan makanan dan ubat-ubatan itu bukan sahaja perlambangan perpaduan
Umno dan Pas bahkan perpaduan ummah.
Walau bagaimanapun, tiada pemimpin Melayu Islam dari PKR, Amanah dan DAP yang turut diundang dalam majlis pelepasan kapal 'Nautical Aliya' ke Yangon itu.
Hadir sama dalam majlis yang sebelum ini diuar-uarkan akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan slot membaca doa adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Turut serta Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan masing-masing berpakaian lengkap baju Melayu.
Antara pemimpin Umno yang hadir Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Johari Abdul Ghani; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena