Thursday, 2 February 2017

[Video] Kenyataan Berani! PAS KINI DAH MACAM UMNO/BN! Pas punca Akta 355 lewat dipinda & Pas harus dipersalahkan kerana mempolitikkannya!

Jumaat, 3 Februari 2017

Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.

Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.
Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.
Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.
"Tapi kini Pas telah menggunakan isu ini untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara Pas mengendalikan isu ini.
Dr Ismail SallehDr Ismail Salleh"Saya kira tidak ada orang Islam yang menolak penambahbaikan dan pemerkasaan terhadap Akta ini, malah ramai orang tidak faham pun apa itu Akta 355.
"Mereka telah memberi mandat kepada ahli-ahli Parlimen yang dipilih untuk melangsaikan tugas ini di parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Ismail, parlimen atau Dun adalah tempat undang-undang digubal atau pindaan terhadapnya dibuat.
Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), ujarnya telah digubal pada 1965 dan  dibuat pindaan pada 1984 dan 1989 tanpa sebarang masalah.
"Tetapi kali ini ianya sangat berbeza kerana permainan politik Umno dan Pas melebihi hasrat pindaan akta itu sendiri.
"Umno/BN telah berjaya mendapat laba kemenangan politik yang besar setelah memberi laluan kepada Pas melalui pembentangan usul persendirian Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016.
"Kerana tersepit dan demi kepentingan politik juga Ahli Parlimen Marang menangguh perbahasan setelah dua kali peluang diberikan," tegas beliau.
Dr Ismail menambah, Pas kini terpaksa berkempen ke seluruh negara untuk menutup kelemahan presidennya  yang tidak bersedia membuat pembentangan dan seterusnya berbahas di Parlimen.
"Mereka menjadikan rakyat sebagai tempat melindungi kegagalan dan kepincangan mereka," tegas beliau.
Dr Ismail mengulas kenyataan Abdul Hadi yang meminta semua pihak agar tidak menghalang RUU355 daripada diluluskan parlimen.
Pas merancang perhimpunan menyokong RUU355 18 Feb ini di Kuala Lumpur sebagai kemuncak kempen menyokong pindaan Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena