Tuesday, 7 February 2017

[Video] Zaid 'tibai' PAS di hari pertama sebagai ahli DAP & Adun Pas minta rakyat Pulau Pinang pertahan kerajaan Pakatan Harapan

Selasa, 7 Februari 2017

Adun Pas minta rakyat Pulau Pinang pertahan kerajaan Pakatan Harapan

Datuk Salleh Man dan Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah di program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh malam tadi
Datuk Salleh Man dan Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah di program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh malam tadi

Adun Pas minta rakyat Pulau Pinang pertahan kerajaan Pakatan Harapan

Walaupun kepimpinan Pas sering memburukkan pimpinan Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man mengambil pendekatan sebaliknya.
Adun Pas tunggal yang memenangi kerusi yang ditandingi parti itu sejak sekian lama di Pulau Pinang itu turut menyarankan rakyat negeri itu supaya memberi sokongan yang padu kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan untuk terus menerajui negeri.
"Saya menyeru semua rakyat Pulau Pinang supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan.
"Teruskan sokongan kepada kerajaan negeri dan tolak Umno dan BN yang telah terbukti sekian lama menzalimi rakyat.
"Kita juga perlu beri kerjasama dan pastikan kuasa yang ada pada kerajaan negeri Pakatan Harapan terus dimenangi dalam pilihan raya umum yang akan datang," ketika berucap pada program sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh semalam.
Ucapan beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih seribu hadirin yang membanjiri tapak pasar malam Ampang Jajar.
Beliau juga berkata, walaupun beliau adalah Adun tunggal Pas yang memenangi kerusi dalam pilihan raya umum lalu, sokongan mesti diberikan kepada kerajaan negeri.
Malah katanya, sejak menerajui pemerintahan banyak program kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu ujarnya, kesemua empat kerusi Dun yang dimenangi oleh Pakatan Harapan di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum yang lalu mesti dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon, barisan exco serta kepimpinan Amanah, DAP dan Bersatu.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena