Wednesday, 1 February 2017

[Video Tahun Sengsara Rakyat] "Assalamualaikum, Anybody home!" Kenapa membisu admin Friends of BN? Bukan palsu ka? Jangan pesong fakta, kata DAP pada Ulama PAS.

Khamis, 2 Februari 2917

Foto Shez Naser.

Suara Rakyat
Bukan palsu ka ? saya pun pening skrg ni susah betul dpt info yg tepat . kdg tu info palsu hnya utk mnjatuh kan politik2 yg lain . pendek kata FITNAH . kalau betul lah minyak naik lagi pru akan dtg ni kita turunkan najib .

Foto Suara Rakyat.

Assalamualaikum... Anybody home ???
Kenapa membisu admin Friends of BN - Barisan Nasional bila minyak naik !!! Klu minyak turun bukan main lagi buat poster lawa2 ampu jilat KERAjaan.

Takut rakyat marah ker jika hebahkan berita#MINYAKNAIK..

Bermula 1 Februari 2017..
#Ron95 naik 20sen menjadi RM2.30

#Ron97 naik 20sen menjadi RM2.60

#Diesel naik 10sen menjadi RM2.15

Jangan pesong fakta, kata DAP pada Ulama PAS

DAP membidas kembali Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali yang mendakwa pemimpin popularnya Lim Kit Siang keliru antara kata sepakat dengan keputusan majoriti semasa kedua-dua parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata tiada sesiapa pun mempertikaikan bahawa hanya keputusan sebulat suara akan diterima pakai sebagai agenda Pakatan.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes pemilihan nama pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum ini, PAS yang melanggar kesepakatan yang dicapai.
“Daripada kenyataan Khairuddin, nampak seperti beliau bercakap benar tentang apa yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan, contohnya 'kesepakatan' atas pelantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor.

“Atau mungkin beliau sedar, tetapi kerana untuk menyokong Hadi membabi buta, beliau bersedia memesongkan fakta?
“Satu-satunya fakta yang tidak boleh dipesongnya apabila PAS membuat pusingan U dalam pelantikan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Kok.

Kok juga berhujah, perpecahan Pakatan turut disumbangkan oleh keputusan sendiri Hadi dan bukan pemahaman DAP tentang kata muafakat dan keputusan majoriti.
Khairuddin semalam mendakwa Lim keliru antara prinsip majoriti dan kata sepakat yang dipilih Pakatan.
Dalam kes Khalid, kata Khairuddin, PAS bukan menentang kesepakatan tetapi “hak ahli dalam prinsip konsensus”.

“Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena