Friday 3 March 2017

[Video Penyelewengan hartanah: Exco Johor bercuti mulai hari ini] REMAN ANAK EXCO dilanjut & Skandal hartanah Johor bukti UMNO gagal bela Bumiputera.

Sabtu, 4 Mac 2017

SKANDAL TANAH: REMAN ANAK EXCO, PEGAWA KHAS DILANJUT

Mahkamah Majistret Johor Bahru melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas empat daripada enam lelaki yang disiasat berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.
Perintah lanjutan reman sehingga 9 Mac itu dikeluarkan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor hari ini.
Ia bagi membolehkan siasatan terus dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Semua mereka sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lalu.
Dua pemaju pula dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Semua suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira 8.30 pagi pada 24 Feb lalu.
Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.
– Bernama
MC.
Foto Suara Rakyat.

"Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah?" - Noh Omar, 6/11/2015

"Ahli UMNO tidak amal rasuah" - Bung Moktar, 12/11/2015

"UMNO parti rasuah" - Tengku Razaleigh Hamzah, 4/8/2008

FAKTA:
UMNO Dan Penyangak Tiada Bezanya...


Image result for Foto Rasuah bekalan air sabah
Yg ini tak ada unsur rasuah? Duit ini datang dr mana kenapa simpan dlm rumah?
Image result for Foto Rasuah bekalan air sabah
Rasuah Bekalan Air Sabah: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

Skandal hartanah Johor bukti UMNO gagal bela Bumiputera

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Penyelewengan melibatkan pertukaran status hartanah bumiputera di Johor baru-baru ini merupakan bukti kukuh kerajaan UMNO – Barisan Nasional gagal melindungi kepentingan bumiputera.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, tindakan jijik itu telah mencemarkan nilai integriti warga Johor yang patut dipelihara bagi memastikan pentadbiran negeri bebas dari budaya rasuah.
“Saya ingin mempersoalkan kelemahan pentadbiran negeri Johor yang seolah-olah mudah bagi mereka untuk mengekspoitasi wang rakyat.
“Bayangkan dengan wang yang begitu banyak bocor itu, kita boleh manfaatkan kepada rakyat Johor dengan pelbagai projek dan bantuan untuk rakyat,” tegasnya, seperti yang dipetik portal berita Malaysia Dateline.
Dalam pada itu, Salahuddin turut mahu semua pegawai kerajaan Johor, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin mengisytiharkan harta sebagaimana yang pernah disarankan beberapa pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini.
Beliau kemudiannya meminta siasatan dilakukan terhadap seluruh anggota Exco negeri bagi memastikan tidak wujud unsur penyelewengan lain dalam kerajaan negeri.
“Ini kerana kes yang melibatkan jutaan wang rakyat ini perlu kepada siasatan menyeluruh,” ujarnya.
Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas penjawat awam Johor baru-baru ini ditahan kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.
Mereka dipercayai terlibat dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera secara tidak sah sejak 2013. – Roketkini.com

1 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena