Sunday 26 March 2017

[Video Tun M - Najib Curi Duit] BAHAS RUU 355 - Khalid Samad, Hanipa Maidin & Dr.Mujahid (AMANAH) Soal Jamil Khir.

Isnin, 27 Mac 2017

Foto Parti Amanah Negara.
BAHAS RUU 355
Catatan Oleh
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
25 March 2017
1. Belum lagi Rang Undang Persendirian dari Marang mendapat peluang bentang RUU 355, ahli parlimen AMANAH sudah berbahas dengan Menteri Hal Ehwal Agama JPM dalam sesi penggulungan pihak eksekutif.
2. Lazimnya Menteri akan respons pada perbahasan AP (Ahli Parlimen) terhadap titah YDPA yang akan menyentuh hampir semua isu negara. Antara yang disentuh ialah RUU 355 dan permasalahannya.
3. Kami AP sebagai pihak legaslatif sememang menunggu respons dari kabinet sebagai eksekutif untuk mencelah dan menegur jika perlu, isu-isu perundangan, dasar dan penyelewengan pihak kerajaan.
4. Adalah menjadi tanggungjawab AP untuk berbahas soal isu yang dibawa. Kami dari AMANAH memang menanti Menteri di JPM bahagian agama untuk respons sebagaimana tertera dalam senarai kementerian yang akan menggulung.
5. Ramai AP dari kalangan muslim dan non-muslim timbulkan isu RUU 355 semasa bahas titah ucapan YDPA termasuk AP dari PAS. Saya turut menimbulkannya dari sudut proses dan tingkahlaku pihak tertentu yang mensensasikan satu proses undang-undang biasa sehingga ramai yang telah 'dikafirkan' 'dimunafiqkan' dan 'diliberalkan'.
6. AP dari AMANAH telah bangun membahas termasuk seorang dari DAP dan seorang dari PKR. Dari AMANAH, Parit Buntar, Sepang, Shah Alam dan Kuala Terengganu. Manakala dari DAP ialah Kelang (non muslim) dan dari PKR, Kuala Langat.
7. Isu kami tentang RUU 355 semua berligar tentang persoalan proses undang-undang, teknikaliti dan pandangan menyeluruh pemerkasaan mahkamah syariah dan bukan sahaja aspek meningkatkan hukuman. Malah AP Kelang dari DAP menyebut tentang perlunya jawatankuasa teknikal yang telah dijanjikan oleh Menteri sebelum RUU 355 dibawa bacaan ke dua oleh pihak Jemaah Menteri. Tidak ada pun unsur menolak apatah lagi membangkang.
8. Saya sendiri memohon penjelasan teknikaliti tatacara sebatan dan diperpanjangkan oleh Sepang tentang perlunya sebatan Islam itu dibuat untuk tontonan ramai sebagai pengajaran. Shah Alam menyebut tentang proses yang membelakangkan Majlis Raja-Raja yang sehingga kini tidak memberi apa apa persetujuan untuk dibawa ke Parlimen. Bil Persendirian Marang seolah mahu mengelak proses ini kerana ia tidak memerlukan persetujuan jika dibentang sebagai bil persendirian. Ini semua isu proses dan tak ada kena mengena dengan membantah atau menolak.
9. Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, tahap profesionalisma dll isu pentadbiran sedangkan RUU 355 hanya mementingkan peningkatan hukum. Apatah lagi penyelarasan mahkamah syariah yang tertakluk kepada kuasa negeri boleh sahaja menerima atau mengekalkan had hukuman yang lama tanpa menerima pindaan. Bukankah isu penyelarasan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu?
10. Apakah isu RUU 355 ini hanya tujuan politik? Sedangkan masalah sebenarnya mahkamah syariah ialah menumpukan pada memperbaiki pentadbiran yang lebih utama. Saya menekankan kepada hujah apabila ia disensasikan, perpecahan di bawah tidak dapat dikawal dengan kebencian dan 'fatwa-fatwa kecil' yang nemalukan masyarakat Islam dan bukan Islam dibuat atas menyokong RUU 355 tanpa memahami ianya isu proses perundangan.
11. Kesemua AP pembangkang yang berbahas tertumpu kepada pandangan menyeluruh tentang mahkamah syariah. AP dari PAS tidak kelihatan mencelah menteri samada mereka berpuas hati atau pun kelibat mereka tidak kelihatan di dewan semasa penggulungan tersebut. Saya tidak heran AP Melayu dari BN tidak bahas tetapi AP PAS langsung tidak bersuara amat memeranjatkan semua pihak termasuk yang hadir dalam himpunan ungu tempoh hari.
12. Lebih aneh menteri tidak membantah sebahagian pandangan kami malah akur sebahagian besar hujah kami. Nada kami sebagai ahli legaslatif adalah mementingkan piawaian perlembagaan, proses sepatutnya dan kaedah awlawiyat dalam memperkenalkan perundangan. Sebab itu menteri yang tertakluk kepada persetujuan dewan harus akur kepada teguran-teguran kami. Itulah fungsi legaslatif.
13. Samada Marang dapat bentang atau tidak bil persendiriannya bukan masalah kami kerana ia akan ditentukan oleh pihak kabinet yang akan memberi laluan untuk Speaker Dewan menjemput Marang.
14. Perlu difahami, laluan kepada Marang sebanyak 2 kali dibazirkan tanpa bahas, pastinya itu adalah arahan 'tertentu' kerana jika benar Marang menganggap RUU 355 penting pasti Marang akan menjelaskan kenapa ia mencadangkan demikian dalam butiran usulnya. Itupun mengambil kira Marang telah meminda sendiri usulnya ketika diberi peluang kali kedua walaupun tiada penghujahan dari Presiden PAS itu.
15. Saya yakin jika peluang berbahas diberikan dengan laluan Marang dalam RUU355 nya, kami akan bangkit dan berbahas sekali lagi atas piawaian ahli legaslatif dari sudut perlembagaan, proses dan keutamaan supaya isu perundangan tidak dipolitikkan apatah lagi atas nama bidangkuasa mahkamah syariah. Menjadikan isu perundangan untuk tujuan mencapai maksud politik tertentu dan dalam proses itu memburukkan perpaduan nasional dan menunggang agama, amatlah merosakkan fondasi negara ini yang mementingkan prinsip perlembagaan dan rukun negara.
16. Saya sempat membetulkan tanggapan menteri kononnya isu mahkamah syariah tak patut dipertikaikan kerana umat Islam tak pertikaikan solat, puasa dan haji. Saya tidak setuju, kerana mahkamah syariah adalah soal pentadbiran dan proses perundangan dan dalam bab siyasah syarieyah. Ia boleh mendapat pandangan berbagai dan boleh untuk setuju atau tidak setuju yang diizinkan syariat. Menteri diam tidak respons.
17. Catatan ini adalah sebagai bukti bahawa AMANAH mahukan proses perundangan termasuk RUU 355 berjalan tertib dan mengambilkira secara 'wholistic' institusi mahkamah syariah begitu juga memastikan kebebasan parlimen dari tunggangan politik. Parlimen adalah satu dari tiga cabang pemerintahan. Menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang di parlimen adalah tugas utama kami, sekurangnya kami memastikan eksekutif menjalankan tugas mereka dengan betul termasuk RUU 355

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena