Tuesday 7 March 2017

[Video Anak Jong-nam muncul di YouTube] Garis Masa - Bagaimana sekutu jadi seteru & Tiada sidang media slps mesyuarat tergempar MKN bersama Najib selesai!

Rabu, 8 Mac 2017


Video anak Jong-nam muncul di YouTube

Walaupun pihak berkuasa Malaysia masih menunggu waris Kim Jong-nam mengemukakan sampel DNA, video YouTube telah muncul di mana seorang lelaki mengaku sebagai anaknya, Kim Han-sol.
Klip video 40 saat itu bertajuk KHS Video dimuat naik di laman YouTube sebuah kumpulan yang dipanggil Cheollima Civil Defence semalam.
"Nama saya Kim Han-sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim," kata lelaki itu dalam video tersebut.
"Bapa saya telah dibunuh beberapa hari lalu. Saya kini dengan ibu saya dan adik saya. Kami amat berterima kasih kepada ...," katanya. Nama yang disebut telah dilenyap dari video.
"Kami berharap ini akan jadi lebih baik tidak lama lagi," katanya, dalam menamatkan video.
klip juga menunjukkan pasportnya tetapi semua butir-butir beliau telah digelapkan.
Do Hee Youn, seorang aktivis 'Citizens Coalition for Human Rights of Abductees and North Korean Refugees' mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Han-sol, lapor Channel News Asia.
Orang dalam video itu kelihatan sepadan dengan video temu bual awal dengan Han-sol yang disiarkan oleh Al-Jazeera dan stesen penyiar awam Finland YLE.
Mkini.
Foto Suara Rakyat.
Pada mulanya pihak media diminta tunggu di lobi ketibaan Pergerakan Udara TUDM Subang.

TIBA-TIBA harapan wartawan-wartawan satu dunia menanti nak bersoal jawab dgn MEREKA ttg situasi tegang KL-Pyongyang jadi hampa kerana tiada sidang media slps mesyuarat tergempar MKN bersama Najib selesai.





Baru selesai Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Negara mengenai situasi Korea Utara yg dipengerusikan oleh PM 

PM: Fokus utama bawa pulang rakyat Malaysia

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa fokus utama kerajaan pada masa ini adalah memastikan keselamatan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.
"Saya telah diberi taklimat terperinci mengenai situasi semasa.
"Fokus utama kita adalah untuk memastikan keselamatan serta membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana,"katanya.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tindakan Korea Utara menyekat 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan republik itu.
Mesyuarat itu berakhir kira-kira sejam iaitu pada pukul 7.36 malam, menurut Twitter Ahmad Zahid.
Menurut Wisma Putra, 11 rakyat Malaysia termasuk kakitangan tiga kedutaan dan keluarga mereka kini berada di Korea Utara.
Malaysiakini.

Garis masa - bagaimana sekutu jadi seteru

Korea Utara, semalam melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara ini, satu tindakan yang mencetuskan tindakan balas oleh Kuala Lumpur ketika polis cuba berusaha untuk menyoal tiga lelaki yang bersembunyi di kedutaan Korea Utara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Berikut adalah kronologi hubungan antara kedua-dua negara.
1973 - Malaysia dan Korea Utara menjalin hubungan diplomatik.
1995 - Malaysia menjadi tuan rumah bagi rundingan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara berhubung pembekuan program nuklear Korea Utara.
2000 - Malaysia membenarkan rakyat Korea Utara untuk melawat tanpa visa.
2009 - Malaysia menjadi negara pertama yang rakyatnya dibenarkan ke Korea Utara tanpa visa.
2011 - Syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo, membuka laluan kepada Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong.
2013 - Help University Malaysia menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
13 Feb - Kim Jong-nam, abang kepada Jong-un,, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
15 Feb - Menurut sumber kerajaan Amerika Syarikat, Washington percaya ejen Korea Utara adalah dalang di sebalik pembunuhan itu.
Sumber risikan Korea Selatan berkata Jong-nam dilindungi oleh China.
Ahli Parlimen Korea Selatan yang memetik agensi perisikan Seoul berkata terdapat ‘arahan tetap’ oleh pemimpin Korea Utara untuk membunuh Jong-nam.
16 Feb - Polis negara ini menangkap suspek wanita Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan itu.
19 Feb - Polis berkata empat suspek Korea Utara meninggalkan negara ini pada hari yang sama dengan pembunuhan itu.
20 Feb - Duta Korea Utara berkata Malaysia cuba untuk melambatkan proses menyerahkan jasad mangsa untuk "matlamat politik", dakwa siasatan polis negara ini tidak boleh dipercayai.
22 Feb - Malaysia mengenal pasti seorang pegawai kedutaan Korea Utara, seorang pekerja syarikat penerbangan antara suspek pembunuhan itu.
Pihak berkuasa Malaysia berkata belum ada ahli keluarga Kim Jong-nam yang tampil untuk mengenal pasti jasad mangsa atau memberikan sampel DNA.
23 Feb - Korea Utara mempersalahkan Malaysia, Korea Selatan berhubung kematian seorang rakyatnya.
24 Feb - Polis berkata agen saraf VX, sejenis bahan kimia yang diklasifikasikan oleh PBB sebagai senjata pemusnah besar-besaran, telah digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam.
26 Feb - Malaysia mengisytiharkan terminal kos rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai "zon selamat" selepas menjalankan ujian.
27 Feb - Ahli Parlimen Korea Selatan berkata pembunuh berkenaan adalah daripada kementerian keselamatan dalam negara dan kementerian luar Korea Utara.
1 Mac - malaysia mendakwa dua wanita warga Indonesia dan Vietnam dengan pembunuhan Kim Jong Nam.
2 Mac - Korea Utara berkata serangan jantung mungkin menyebabkan mangsa terbunuh.
4 Mac - Malaysia menolak cadangan bahawa negara itu melanggar sekatan PBB selepas laporan Reuters berkata syarikat berkaitan Korea Utara menjalankan rangkaian senjata di negara ini.
Malaysia mengusir seorang suspek Korea Utara dalam pembunuhan Kim Jong-nam, atas alasan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya.
6 Mac - Malaysia membatalkan program pengecualian visa kepada rakyat Korea Utara.
Malaysia mengusir Duta Korea Utara Kang Chol.
Malaysia memohon supaya perlawanan kelayakan bola sepak Piala Asia menentang Korea Utara dipindahkan dari Pyongyang ke gelanggang berkecuali.
7 Mac - Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Pyongyang. Malaysia bertindak balas dengan mengepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuduh Korea Utara menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan dan mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.
- Reuters
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena