Monday, 6 March 2017

[Video Rating Najib jatuh, pembangkang teruskan kerja!] Pemuda Amanah Kedah sedia biayai rawatan Presiden Pas.

Isnin, 6 Mac 2017

Pemuda Amanah Kedah sedia biayai rawatan Presiden Pas

Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Pemuda Amanah Kedah sedia menawarkan khidmat kesihatan kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memastikan beliau kembali sihat dan dapat menghadiri persidangan parlimen.
Ketua Biro Kesihatan Pemuda Amanah Kedah Dr Najmi Nadzir berkata, kehadiran Abdul Hadi ke parlimen adalah amat penting bagi memastikan pembentangan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) dapat diteruskan.
"RUU 355, merupakan satu isu yang sudah merobek kesatuan umat Islam di Malaysia sejak ia mula-mula diuar-uarkan oleh Presiden Pas melalui ‘private bill’ beliau.
"Menyedari pentingnya isu ini, kami merasakan amatlah perlu untuk Presiden Pas menyempurnakan peluang pembentangan ini di parlimen secepat mungkin, agar kesatuan umat Islam di negara ini kembali pulih seperti sebelumnya.
"Mengambil semangat khalifah Salahuddin Al-Ayyubi yang terkenal dalam sejarah, apabila beliau menghantar doktor peribadinya untuk merawat Raja pihak musuh, maka Pemuda Amanah Kedah merasakan adalah lebih awla untuk membantu merawat Tuan Guru Presiden yang bukan sahaja rakan, tetapi murabbi kepada ummah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Naib Presiden Pas Idris Ahmad memaklumkan kepada media bahawa Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang tidak hadir ke upacara pembukaan mesyuarat parlimen hari ini kerana tidak sihat.
Bagaimanapun ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata Abdul Hadi akan hadir pada esok.
Justeru Najmi meminta pihak Abdul Hadi dapat memberikan maklum balas berhubung tawaran ini bagi memudahkan pihaknya mengatur perjalanan doktor dengan segera.
"Kami berharap agar pihak Presiden Pas dapat memberi maklumat secepat mungkin, supaya kami boleh mengatur perjalanan doktor kami kepada beliau dengan segera.
"Harapan kami, agar beliau sudi menerima bantuan yang tidak seberapa ini agar beliau dapat menunaikan janji untuk membentangkan pindaan RUU355 yang dicanangkan sejak sekian lama," katanya.
Abdul Hadi pada November lalu membawa usul untuk meminda Akta 355 dengan mencadangkan bagi menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimun 100 kali sebatan.
Hukuman syariah buat masa ini adalah hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimun enam kali sebatan.
Rang undang-undang Abdul Hadi itu dipinda pada sesi Parlimen lalu selepas mesyuarat bersama dengan ahli parlimen BN yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kerajaan merancang untuk mengambil alih rang undang-undang itu selepas bacaan kedua.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena