Monday, 6 March 2017

[Video Peneroka FELDA habiskan sisa hidup dengan berhutang] Menteri (Bentong, Bera dan Labis) TERANCAM jika selera pengundi Felda berubah.

Isnin, 6 Mac 2017


FOKUS l Pembangkang diketahui berusaha gigih untuk memenangi hati pengundi di kawasan Felda dengan harapan majoriti penyokong BN di 55 kerusi parlimen beralih arah sekali gus memungkinkan Putrajaya ditawan.
Bagaimanapun, sejauh mana gerakan itu memberi kesan?
Ketika perubahan ketara dirasakan sukar berlaku, sesetengah peneroka menunjukkan sokongan mereka kepada BN bukanlah membuta tuli.
Ada kemungkinan mereka memberikan undi kepada pembangkang jika kepentingan masyarakat terbabit dirasakan terjejas.
Pada pilihan raya kecil parlimen Rompin (Mei 2015), hampir 10 peratus undi di beberapa kawasan Felda beralih arah dari BN kepada pembangkang.
Ia berlaku kira-kira setahun selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini.
Perubahan itu didapati lebih besar berbanding pola pengundi bukan peneroka yang mencatatkan kadar peralihan antara tiga dan enam peratus.
Dengan andaian berlaku persaingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, peralihan 10 peratus sokongan pengundi Felda di tiga kerusi BN dijangka memadai untuk pembangkang menguasai kerusi Bentong, Bera dan Labis.
Ketiga-tiga kerusi itu dianggap penting kerana ketika ini diwakili tiga tokoh berprofil tinggi.
Bentong dimenangi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, manakala Bera diwakili anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerusi Labis buat masa ini diwakili anak bekas presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Masing-masing adalah menteri pengangkutan, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah serta timbalan menteri perdagangan antarabagsa dan industri.
Pada masa sama, perubahan lima peratus sokongan di kalangan pengundi bukan peneroka boleh memberikan lebih banyak kerusi kepada pembangkang.
Namun perlu diakui peluang untuk pembangkang memperoleh sokongan lebih besar daripada mereka sebenarnya adalah sukar.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena