Friday 10 March 2017

[Video] Kamu PERLU TAHU! 'Perbandingan' Malaysia vs Korea Utara & Hanya di Korea Selatan, Tidak di Malaysia!

Jumaat, 10 Mac 2017

Hanya di Korea Selatan, Tidak di Malaysia!

Posted on 
Hanya dikaitkan dengan rasuah, Parlimen Korea Selatan memecat presiden mereka, diperkuatkan lagi dengan Mahkamah Perlembagaan juga mengekal keputusan tersebut.


Kalau di Malaysia dikaitkan dengan ‘super’ rasuah sekalipun sehingga terkenal ke serata dunia, yang disyaki masih seperti biasa begitu juga mereka yang di sekelilingnya. Tak merasai ianya suatu kesalahan!! Berita yang dipetik dari mStar;
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatasn mengekalkan keputusan Sidang Parlimen negara itu untuk memecat Presiden Park Geun Hye yang dikaitkan dengan skandal rasuah.
Keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh lapan hakim yang bersetuju menyingkirkan Geun-hye, presiden wanita pertama negara itu, daripada jawatan tertinggi tersebut
Malah Geun-hye juga menjadi Presiden Korea Selatan pertama yang dipecat, sekali gus bakal mengakhiri bantahan ribuan rakyat yang mengadakan demonstrasi untuk meminta beliau melepaskan jawatan.
Pilihan Raya Presiden perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan tersebut dan Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn menjadi pemangku presiden serta akan menetapkan tarikh pengundian.
Keputusan untuk memecat Guen-hye diumumkan oleh Hakim Lee Jung-mi menerusi siaran langsung di televisyen.
Beliau perlu meninggalkan Rumah Biru, kediaman rasmi presiden Korea Selatan dan hilang semua imuniti eksekutif yang menghalang dia didakwa.
Geun-hye didapati melanggar undang-undang apabila membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mencampuri urusan negara dan mencabuli peraturan aktiviti perkhidmatan awam. – mStar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena