Monday 6 March 2017

[Video Najib Bagi 'Impression City' Hak Milik Kekal China!] Oriental Daily: Pas Selangor bakal kehilangan 10 kerusi Dun & Kini, ceramah Pas lebih banyak kerusi kosong.

Isnin, 6 Mac 2017

Image may contain: 1 person, crowd

PENERANGAN RUU 355 PAS DI KLANG: LEBIH BANYAK KERUSI DARIPADA HADIRIN

Penerangan RUU 355 Pas di Klang: Lebih banyak kerusi daripada hadirin

Lebih banyak kerusi kosong kelihatan walaupun dihadiri pemimpin Pas Pusat. Itu situasi yang berlaku dalam Ceramah Perdana Pas di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang di Selangor malam tadi.
Beberapa foto program itu yang difahamkan setakat pukul 10.30 malam turut tular di media sosial manakala semakan Malaysia Dateline pagi ini di laman rasmi Facebook Pas Kawasan Klang mendapati tiada langsung foto hadirin dimuat naik.
Image may contain: 5 people, crowd
Hanya wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan berjumlah tujuh foto kesemuanya disiarkan walaupun poster program turut memaklumkan kehadiran Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.
Image may contain: 2 people, crowd and outdoor
Walaupun Pas sebelum ini menguar-uarkan ratusan ribu pengikutnya hadir pada himpunan menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 di Kuala Lumpur bulan lalu tetapi sokongan yang sama dilihat tidak wujud pada program Pas di negeri Pakatan Harapan itu.
Image may contain: one or more people, crowd and outdoor
Pada hari yang sama, suasana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Selangor di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pula dilihat jauh berbeza.
Dihadiri ahli dan penyokong Amanah berbilang kaum sesuai dengan demografi pilihan raya di kawasan tersebut, dewan di Jalan Pandamaran Jaya 7 pada pagi semalam dibanjiri warna jingga dalam program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim; Pengarah Pilihan Raya Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin serta para pemimpin Amanah negeri berkenaan.
Image may contain: 11 people, people sitting, people on stage and indoor
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir bakal menyaksikan penampilan sulung Amanah sebagai parti Islam menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan menentang Umno-BN dan mana-mana parti yang bersekongkol dengan rejim kleptokrat itu.
Amanah sebelum ini memutuskan akan meletakkan calonnya di semua kerusi Pas tandingi pada PRU-14 memandangkan kedudukan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bukan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Pas yang secara terbuka turut memusuhi DAP dalam reaksinya pula mengecam pendirian Amanah itu dengan menganggap kerusi yang ditandinginya sebelum ini sebagai “kerusi tradisi” walaupun kalah.
Di Selangor, kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) menguasai 30 kerusi manakala Pas 13, BN 12 dan Bebas 1 kerusi.
Amanah di negeri itu mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) serta tiga Ahli Parlimen terdiri daripada Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Khalid Abd Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, sokongan pengundi Cina untuk Pas di Selangor meningkat kepada 70.3 peratus berbanding 42.9 peratus pada PRU-12 (2008) sekaligus menyumbang kepada pertambahan daripada lapan kepada 15 kerusi Dun.
Walau bagaimanapun, banyak pihak menjangkakan senario itu tidak lagi berlaku pada PRU-14 ekoran sikap kepimpinan Pas yang istiqamah mesra kepada Umno-BN tetapi pada masa menyerang Amanah dan Pas yang merupakan gabungan Pakatan Harapan.
Image may contain: 1 person, crowd
Antaranya, analisis akhbar harian Cina, Oriental Daily baru-baru ini meramalkan Pas Selangor bakal kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dengan lapan daripadanya mempunyai jumlah pengundi Cina kira-kira 30 peratus iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat. MD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena