Thursday 30 March 2017

[Video] #LebaiKenaGasak? RUU355 hanyalah UMPAN UmnoBN sahaja & sekadar mainan politik Najib & Hadi!" RUU355 juga dah jadi sarkas politik hipokrasi Umno-PAS tahap maksimum.

Khamis, 30 Mac 2017


Foto Suara Rakyat.

HAR HAR HAR.. #TERKINI BN tidak akan bentang RUU 355, kata Najib.

BUKANKAH SEBELUM INI..
Kerajaan Ambil Alih RUU 355 - Najib (1/12/2016)
BN akan bentang RUU 355 di Parlimen -Zahid (18/3/2017)
RUU Persendirian Dibentang Atas Arahan PM, TPM - Azalina (4/6/2016)
Last-last... tak jadi.
Kita lihat saja permainan mereka.. yg pasti UMNO takkan berani mengambil tindakan yg tidak di persetujui oleh sekutunya..
TAHUKAH ANDA..
#RUU355-Hadi diturunkan lagi BUAT KALI KE-3 drpd Perkara 9 kepada Perkara 13 dlm sidang Parlimen kali ini.
HAR HAR HAR.. kena main jer Pak Lebai.
INGAT TAK SEBELUM INI, tipu helah UMNO. Belajar dari sejarah. Sejarah Tak Pernah Menipu. ADAKAH SEJARAH BAKAL BERULANG ??!

RUU355 jadi sarkas politik tahap maksimum


ULASAN Maaf cakaplah kalau saya kata isu RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS.
Sekali gus ia menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pemimpin tertentu dalam PAS.
Babak pertama: Setelah bertindak macam orang kena sawan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 24 November tahun lalu, bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.
Macam-macam alasan, helah, pujuk raya dan ancaman mengiringi pembentangan RUU355, termasuklah tunjuk perasaan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu oleh PAS dan sekutunya.
Babak kedua: Kerajaan Najib ambil alih RUU355 dengan janji akan kaji, pinda dan bentangkannya sebagai rang undang-undang kerajaan.
Dalam tempoh itu, jentera putar-belit Umno (pinjam ungkapan Jho Low) berkaitan RUU355 yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman buat macam-macam kenyataan dan helah seolah-olah mereka lebih Islam dan lebih serius mengenai daripada PAS.
Di belakang tabir
Tapi di belakang tabir Najib sembelit otak ditekan oleh parti-parti unit jagaan rapi (ICU) Barisan Nasional pusat seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta Barisan Nasional bebas Sarawak.
Babak ketiga: Setelah riuh-rendah satu negara dengan paluan gendang perang, tiba-tiba RUU355 jadi macam orang nak bersin tak jadi atau si suami yang tengah mimpi berahi tiba-tiba dikejutkan bini kerana ada kebangkitan luar biasa dalam selimut.
Kata pemimpin Wassatiyyah merangkap rakan seketiduran Abdul Hadi, RUU355 tak dibentangkan kerana “Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.”
Menurut perdana menteri, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus. Abdul Hadi kena kentut.
Mana Najib nak berani bila MCA yang ada perjanjian adik-abang dengan MCA depan-depan kata, parti itu akan tolak RUU355.
Parti wad jagaan rapi ini nampaknya lebih berkuasa daripada parti jagoan “demi negara, bangsa dan agama” Umno dalam hal RUU355.
Mana menteri agama dan lebai-lebai Umno? Takkan setebal itu saja pegangan agama mereka sehingga dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun kecut testikel? Kecut buah zakar la tu!
Mainan politik Najib, Abdul Hadi
Atau RUU355 sebenarnya, dari awal hingga akhir, adalah mainan politik Najib dan Hadi semata-mata. Sekadar melepas batuk di tangga dan ajak-ajak ayam.
Yang menjadi mangsa adalah orang Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS yang betul-betul percaya bahawa Abdul Hadi dan Najib, dua sahabat sehati -sejiwa, baju sewarna, ikhlas membentangkan RUU355?
Soalnya sekarang, siapa pakat dengan siapa, siapa kelentong siapa dan apakah jenis quid pro quo di antara Najib dengan Hadi?
Yang pasti, sarkas politik ini belum berakhir. Kita tunggu dan tengok.

DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu. Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blognya dengan tajuk asal 'RUU355: Siapa Berdusta, Siapa Terpedaya atau Hipokrasi Semata-mata?'.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

1 comments:

Aseph My said...

CERITA KISAH SUKSES DARI SAYA

Sumpah demi allah ini kisah cerita nyata saya...

Assalamu Alaikum wr-wb, Saya pak Aseph seorang TKI kerja di malaysia. Mohon maaf mengganggu waktu dan aktifitas ibu/bpk, saya cuma bisa menyampaikan melalui pesan singkat dan semoga bermanfaat, Saya sangat berterima kasih banyak kpd MBAH WIRANG atas bantuan nomer togelNya yang beliau berikan kemaren kpd saya untuk 4D , kini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang di tulis oleh orang2 tentang MBAH WIRANG di internet termasuk pak zahid hamidi itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa kembali sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan beliau, setiap ada room yg saya temui pasti saya posting nomer beliau agar sahabat2 semua bisa seperti saya.. Bagi anda yang butuh nomer togel silahkan waps +628234'666'7564 Mbah Wirang...






Salam Nak Rantau



Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena