Thursday, 16 March 2017

[Video PH & PPBM di KOTA BHARU "walaun jangan sakit ati"] Selepas umum sertai Pakatan, Tun Mahathir ke Kampung Laut.

Khamis, 16 Mac 2017

Selepas umum sertai Pakatan, Tun Mahathir ke Kampung Laut

Selepas mengumumkan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Kelantan dan berada dua hari di negeri yang diperintah oleh Pas itu.
Sebaik sampai, Tun Mahathir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa melawat Kampung Laut, Tumpat yang terletak di seberang sungai Kelantan yang memisahkan kampung itu dengan bandar Kota Bharu.
Kampung tradisi yang terkenal dengan serunding (sambal daging) dan dodol Kelantan ini penuh meriah apabila bekas perdana menteri selama 22 tahun ini berkunjung ke kampung mereka.
Baru beberapa hari lepas Kampung Laut, yang terletak di bawah DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh MB Kelantan, bergegar sehingga ke media sosial apabila Pas cawangan kampung itu dibubarkan dalam mesyuarat agung cawangan itu.
Selepas itu, mereka menubuhkan Amanah dengan ketua cawangan Pas bersama dengan AJK dan ahlinya menyertai Amanah.
Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.
Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.
Selepas itu, mereka menubuhkan Amanah dengan ketua cawangan Pas bersama dengan AJK dan ahlinya menyertai Amanah.
Semalam, sekali lagi Kampung Laut bergegar dan mencatat sejarah apabila Tun Mahathir melawat kampung mereka selepas mengumumkan Bersatu menyertai Pakatan Harapan.

Penyertaan Bersatu secara rasmi ke dalam Pakatan Harapan dan bakal menggunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon, seolah-olah memutuskan hubungannya bersama Pas yang memerintah negeri Kelantan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu (Bersatu), Pas menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.
SEDAP... kata Tun Mahathir dan yang lain selepas berkunjung ke  Kampung Laut.
“Ini kerana Pas sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam seperti dilapor lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.
Dengan diiringi oleh Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ketua Amanah kawasan Tumpat, Wan Johari Wan Omar, Tun Mahathir melawat pusat pembuatan serunding dan dodol secara separa tradisional itu.
"Sedap," kata Tun Mahathir dan lain-lain tetamu selepas merasai keenakan serunding Kampung Laut yang terkenal di Kelantan itu.
Kedatangan Tun Mahathir disambut baik oleh penduduk di situ kerana bagi mereka ini adalah promosi terbaik untuk produk mereka.
Bagi Amanah, kedatangan Tun Mahathir ke Kampung Laut adalah tindakan menikam jantung Pas kerana Kampung Laut terletak dalam kawasan pilihan raya DUN Pasir Pekan, kawasan yang diwakili oleh MB Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am yang juga Pesuruhajaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
Setiausaha Pas Cawangan Kampung Laut ketika cawangan itu diisytiharkan bubar dalam mesyuarat agung mereka pula adalah Zaki Ibrahim, Adun Pas bagi kawasan Kelaboran.






Lawatan ke kg laut itu adalah cabaran terbuka terhadap pas kelantan. Maruah pas kelantan terlondeh oleh penubuhan amanah di situ & lawatan mahathir selang beberapa hari sahaja. 
Dan gara2 pas kelantan berhimpun di padang burung (merbuk) beberapa hari lalu, kini negeri itu sedang dijangkiti penyakit selesema burung (semoga tiada rakyat kelantan yg terkena wabak selesema burung h5n1 dan terpengaruh dengan wabak padang burung).

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena