Showing posts with label .Ada ahli PAS 'terkejut'. Konsert Gig Green Zone. Show all posts
Showing posts with label .Ada ahli PAS 'terkejut'. Konsert Gig Green Zone. Show all posts

Tuesday, 13 February 2018

[Video Hutang Negara Meningkat, Siapa Terbeban? Diplomat Israel tiba di Malaysia] Laporan: Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di M'sia

Selasa, 13 Februari 2018



Laporan: Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di M'sia
Untuk kali pertama sekumpulan diplomat Israel tiba secara rasmi di negara ini ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.
Kementerian Luar Israel mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini, lapor The Times of Israel.
Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara Zionis itu menghadiri satu persidangan berkaitan petempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.
Katanya delegasi itu diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet (gambar), dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat.

Sebelum ini stesen televisyen Israel, Hadashot TV, melaporkan delegasi kerajaan Zionis itu turut disertai bekas menteri, Ofir Pines, serta pegawai-pegawai kanan lain.
Kenyataan Nahshon kemudian mengesahkan laporan awal stesen TV terbabit.
Hadashot TV melaporkan Putrajaya terikat untuk menerima kemasukan warga Israel terbabit kerana untuk membolehkan persidangan itu diadakan, semua delegasi mesti diberikan visa.
"Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, menyertai persidangan berkenaan bersama wakil lain dari Israel, serta bertemu pegawai Malaysia," kata kenyataan Kementerin Luar Israel yang dipetik The Times of Israel.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Wisma Putra berhubung laporan berkenaan.
Sementara itu semakan Malaysiakini pada akaun Twitter Roet menunjukkan dia melalui pengalaman menggembirakan sepanjang tempoh berada di negara ini.
"Pengalaman unik untuk diplomat Israel melawat #Malaysia. Saya menyimpan harapan tinggi untuk kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa depan," kata salah satu ciapannya.
Roet juga menciap: "(Saya) menemui banyak persamaan antara orang Malaysia dan Israel. Sebuah masyarakat berbilang wajah dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk masa depan lebih baik."
Di sebalik tiada hubungan rasmi antara Putrajaya dan Tel Aviv rakyat negara itu biasanya dibenarkan memasuki Malaysia.
Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Pusat pada 2014, lapor The Times of Israel, menunjukkan hubungan dagang kedua-dua negara berkembang walaupun dalam keadaan berhati-hati.
Nilai dagangan antara kedua-dua negara dianggarkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.9 bilion) setahun.
malaysiakini.

Read More

Friday, 8 September 2017

[Video Kerugian FELDA & FGV - Rakyat perlu tahu!] FELDA rugi RM1.1 BILION & FGV pula rugi cecah RM8.7 BILION.

Sabtu, 9 September 2017

Foto Rafizi Ramli.


FELDA RUGI RM1.1 BILION BAGI TAHUN 2015, KERUGIAN TERKUMPUL SEJAK PENYENARAIAN FGV CECAH RM8.7 BILION SETAKAT 2015
Setelah saya memulakan siri analisa kedudukan terkini kewangan Kumpulan Felda semalam dengan membuat unjuran bahawa hutang Kumpulan Felda dijangka mencecah RM12.6 bilion menjelang akhir 2017, saya dimaklumkan oleh seorang penganalisa bahawa mengikut rekod Dewan Rakyat, penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 telah dihantar ke Dewan Rakyat pada 6 April 2017.
Saya hadir seharian di Dewan Rakyat pada 6 April 2017 iaitu pada hari terakhir persidangan bagi sesi itu yang dipenuhi dengan pembentangan rang undang-undang persendirian meminda Akta 355 oleh YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga ke akhir hari itu semasa Dewan ditangguhkan, saya tidak mendapat sebarang CD yang mengandungi penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Pun begitu, semakan dengan laman rasmi Dewan Rakyat menunjukkan ia direkodkan sebagai telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada 6 April 2017 dan satu salinan PDF disertakan. Itu membolehkan saya membuat analisa yang lebih mendalam mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Felda setakat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan memberi gambaran yang lebih baik kedudukan kewangan terkini menjelang 31 Disember 2017.
Saya telah membuat analisa terperinci untuk menentukan dua perkara penting:
1. Jumlah kerugian terkumpul yang ditanggung Felda dan anak-anak syarikatnya (dirujuk sebagai “Kumpulan Felda”) sejak FGV disenaraikan, iaitu prestasi untung/rugi Kumpulan Felda bermula dari tahun kewangan 2013 hingga 2015
2. Kesan menyeluruh penyenaraian FGV kepada Kumpulan Felda yang diukur berdasarkan jumlah dividen terkumpul yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda berbanding kerugian atas kertas yang ditanggung oleh Kumpulan Felda akibat kejatuhan teruk harga saham FGV selama ini

Perkara (2) iaitu menentukan kesan menyeluruh penyenaraian FGV kepada Kumpulan Felda adalah penting kerana peraturan laporan penyata kewangan tidak mensyaratkan kerugian atas kertas saham-saham sebuah syarikat bersekutu ditunjukkan di dalam penyata pendapatan tahunan sesebuah syarikat. Prestasi sebuah syarikat bersekutu seperti FGV ditunjukkan di dalam penyata kewangan Kumpulan Felda dengan mengambil kira peratusan aset, liabiliti dan untung rugi FGV yang disatukan di dalam penyata kewangan Kumpulan Felda.
Ini menyebabkan kesan kejatuhan mendadak harga saham FGV tidak menunjukkan kesan segera ke atas kedudukan kewangan Kumpulan Felda, kecuali jika Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV tersebut. Bahayanya ialah apabila ini berlaku, Kumpulan Felda mungkin akan jatuh muflis kerana kerugian dari kejatuhan harga saham FGV yang mencecah berbilion ringgit ditunjukkan sebagai kerugian sekaligus dalam satu tahun kewangan.
Analisa saya ditunjukkan di dalam Lampiran yang disertakan bersama. Saya juga melampirkan mukasurat-mukasurat berikut dari penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2012 hingga 2015 yang menjadi sumber kepada angka-angka di dalam analisa tersebut:
1. Mukasurat akhir penyata pendapatan Kumpulan Felda untuk menunjukkan “jumlah kerugian komprehensif bagi tahun semasa”. Kerugian komprehensif adalah kerugian bersih ditolak dengan apa-apa kerugian akibat kejatuhan harga pelaburan di dalam saham sebutharga (yang mana pegangan Kumpulan Felda adalah kecil dan tidak mencecah pegangan syarikat bersekutu atau anak syarikat)
2. Nota 21 iaitu nota yang menunjukkan perincian prestasi kewangan syarikat bersekutu. Maklumat yang paling penting ialah nilai saksama saham-saham syarikat bersekutu yang dipegang oleh Kumpulan Felda kerana perubahan nilai saksama saham-saham ini sebenarnya melambangkan kejatuhan harga saham-saham tersebut. Untuk memudahkan analisa, keseluruhan perubahan saksama diandaikan sebagai perubahan harga saham FGV memandangkan satu lagi syarikat bersekutu Felda yang disenaraikan (iaitu Iris Corporation) tidaklah sebesar FGV, maka kesan kewangannya tidaklah sebesar kesan FGV ke atas Kumpulan Felda.

Maklumat jumlah pegangan saham oleh Kumpulan Felda di dalam FGV dan jumlah dividen yang diumumkan oleh FGV boleh didapati di dalam laporan tahunan FGV 2013 hingga 2015.
Merujuk kepada lampiran analisa tersebut, saya ingin membawa perhatian orang ramai kepada perkara-perkara berikut:
1. Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun iaitu RM1.670 bilion (2013), RM1.109 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015). Jika Kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin Kerajaan, syarikat Felda sudah pun diisytiharkan muflis;
2. Dividen yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda menurun secara mendadak dari 2013 kepada 2015, iaitu dari RM256 juta (2013) kepada hanya RM49 juta (2015);
3. Jumlah kerugian atas kertas yang akan bertukar menjadi kerugian sebenar sekiranya Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV (atau jika auditor membuat penilaian prestasi FGV tidak lagi boleh menyokong harga asal pembelian saham-saham FGV yang menyebabkan satu penjejasan atau “impairment” dibuat) adalah RM5.16 bilion setakat 31 Disember 2015;
4. Oleh itu, kerugian terkumpul Kumpulan Felda akibat kerugian dari operasinya (seperti (1)) dan kerugian akibat penyenaraian FGV yang masih belum ditunjukkan di dalam penyata pendapatan (seperti (2) dan (3)) adalah RM8.7 bilion bagi tempoh 3 tahun sahaja iaitu dari 2013 ke 2015.
Saya berani mengatakan bahawa kerugian terkumpul Kumpulan Felda (mengambil kira kedua-dua perkara seperti yang dihuraikan di atas) yang mencecah RM8.7 bilion setakat 2015 sahaja itu meletakkan Kumpulan Felda dan FGV berada di dalam satu kategori dengan 1MDB dari segi tenatnya kedudukan kewangan Kumpulan Felda.
Saya lebih bimbang dengan krisis kewangan Kumpulan Felda (berbanding 1MDB) kerana ia melibatkan kemampuan Felda (dan Kerajaan Persekutuan) menguruskan kehidupan lebih 100,000 keluarga peneroka yang boleh melibatkan lebih 1 juta rakyat Malaysia (mengambil kira generasi baru dan keluarga mereka).
Dato’ Seri Najib Tun Razak boleh berdiam diri mengenai perkara ini tetapi beliau tahu bahawa dengan pendedahan berterusan sepanjang minggu depan, krisis kewangan Kumpulan Felda ini tidak lagi boleh didiamkan dan perlu dijawab oleh beliau.
Analisa saya akan disambung pada hari Isnin akan datang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

Monday, 10 July 2017

[Video Rosmah dendang lagu 'Pandang-Pandang Jeling-Jeling' & Mukhriz pula berasa 'meluat'] 'Huse (Husam) Kuasa 10' Yes, Husam for MB! Siasat MB Kelantan berkaitan jualan token cryptocurrency.

Isnin, 10 Julai 2017


Foto Suara Rakyat.
Pemimpin islam-Umno sebegini boleh dilantik sbg Senator ??!

Tak heranlah jika Azwan Bro skrg ini bermati-matian jilat bodek Najib setelah beliau dinamakan oleh Najib sbg Ahli Dewan Negara bergelar Senator pd akhir tahun lps.

#YouhelpMeIHelpYou

Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency

 | ZIKRI ABDULLAH
Satu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.

"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.

"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.

Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.

"Program ini di bawah inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah ditimbulkan dalam sidang Dun Kelantan pada Oktober 2016," katanya.

Pada 17 Februari 2017 katanya, Kementerian Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan itu yang berhubung inisiatif (REDD) bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan ilkim (UNFCCC).

"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia) menerusi laman webnya menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM.

"Semua ini tidak dihiraukan Menteri Besar Kelantan kerana dalam satu majlis sambutan hari raya pada 26 Jun sekali lagi diumumkan penglibatan kerajaan negeri dalam projek tersebut," katanya.
Menurutnya lagi pihak PBB melalui agensinya United Nation Development program (UNDP) pula pada 5 Julai 2017 menafikan penglibatan PBB dalam projek berkenaan.

"Saya secara peribadi telah pergi mencari syarikat berkenaan berdasarkan alamat berdaftar syarikat berkenaan akan tetapi tiada pejabat syarikat berkenaan di alamat yang telah didaftarkan tersebut," katanya.

Menurut Hazmi, bermula 9 April tahun ini, Ecobit mula menggunakan kelulusan sejuta ekar HSK itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency yang kemudiannya disahkan tidak mendapat kelulusan BNM.

Lebih 30 pemuda Pakatan Harapan turut mengiringi Hazmi untuk menyatakan solidariti bersama beliau ketika membuat laporan itu di Ibu pejabat polis daerah Kota Bharu semaam.



Ketangkasan husam membongkar kecuaian dan salah urus kjaan pas kelantan menjadikan pimpinan negeri itu menikus. Dulu bila wan rahim menyamakan husam dgn 10 adun, lebai2 pas mempersendakannya dgn istilah 'huse kuasa 10'. Tapi hakikatnya begitulah. Atau utk memuaskan hati lebai2 pas itu, kita boleh saja tukar equation tu kepada 'ahmad yaakub punca kuasa (square root) 10'.
Yes, husam for mb!
Read More

Sunday, 26 March 2017

[Video Tun M - Najib Curi Duit] BAHAS RUU 355 - Khalid Samad, Hanipa Maidin & Dr.Mujahid (AMANAH) Soal Jamil Khir.

Isnin, 27 Mac 2017

Foto Parti Amanah Negara.
BAHAS RUU 355
Catatan Oleh
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
25 March 2017
1. Belum lagi Rang Undang Persendirian dari Marang mendapat peluang bentang RUU 355, ahli parlimen AMANAH sudah berbahas dengan Menteri Hal Ehwal Agama JPM dalam sesi penggulungan pihak eksekutif.
2. Lazimnya Menteri akan respons pada perbahasan AP (Ahli Parlimen) terhadap titah YDPA yang akan menyentuh hampir semua isu negara. Antara yang disentuh ialah RUU 355 dan permasalahannya.
3. Kami AP sebagai pihak legaslatif sememang menunggu respons dari kabinet sebagai eksekutif untuk mencelah dan menegur jika perlu, isu-isu perundangan, dasar dan penyelewengan pihak kerajaan.
4. Adalah menjadi tanggungjawab AP untuk berbahas soal isu yang dibawa. Kami dari AMANAH memang menanti Menteri di JPM bahagian agama untuk respons sebagaimana tertera dalam senarai kementerian yang akan menggulung.
5. Ramai AP dari kalangan muslim dan non-muslim timbulkan isu RUU 355 semasa bahas titah ucapan YDPA termasuk AP dari PAS. Saya turut menimbulkannya dari sudut proses dan tingkahlaku pihak tertentu yang mensensasikan satu proses undang-undang biasa sehingga ramai yang telah 'dikafirkan' 'dimunafiqkan' dan 'diliberalkan'.
6. AP dari AMANAH telah bangun membahas termasuk seorang dari DAP dan seorang dari PKR. Dari AMANAH, Parit Buntar, Sepang, Shah Alam dan Kuala Terengganu. Manakala dari DAP ialah Kelang (non muslim) dan dari PKR, Kuala Langat.
7. Isu kami tentang RUU 355 semua berligar tentang persoalan proses undang-undang, teknikaliti dan pandangan menyeluruh pemerkasaan mahkamah syariah dan bukan sahaja aspek meningkatkan hukuman. Malah AP Kelang dari DAP menyebut tentang perlunya jawatankuasa teknikal yang telah dijanjikan oleh Menteri sebelum RUU 355 dibawa bacaan ke dua oleh pihak Jemaah Menteri. Tidak ada pun unsur menolak apatah lagi membangkang.
8. Saya sendiri memohon penjelasan teknikaliti tatacara sebatan dan diperpanjangkan oleh Sepang tentang perlunya sebatan Islam itu dibuat untuk tontonan ramai sebagai pengajaran. Shah Alam menyebut tentang proses yang membelakangkan Majlis Raja-Raja yang sehingga kini tidak memberi apa apa persetujuan untuk dibawa ke Parlimen. Bil Persendirian Marang seolah mahu mengelak proses ini kerana ia tidak memerlukan persetujuan jika dibentang sebagai bil persendirian. Ini semua isu proses dan tak ada kena mengena dengan membantah atau menolak.
9. Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, tahap profesionalisma dll isu pentadbiran sedangkan RUU 355 hanya mementingkan peningkatan hukum. Apatah lagi penyelarasan mahkamah syariah yang tertakluk kepada kuasa negeri boleh sahaja menerima atau mengekalkan had hukuman yang lama tanpa menerima pindaan. Bukankah isu penyelarasan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu?
10. Apakah isu RUU 355 ini hanya tujuan politik? Sedangkan masalah sebenarnya mahkamah syariah ialah menumpukan pada memperbaiki pentadbiran yang lebih utama. Saya menekankan kepada hujah apabila ia disensasikan, perpecahan di bawah tidak dapat dikawal dengan kebencian dan 'fatwa-fatwa kecil' yang nemalukan masyarakat Islam dan bukan Islam dibuat atas menyokong RUU 355 tanpa memahami ianya isu proses perundangan.
11. Kesemua AP pembangkang yang berbahas tertumpu kepada pandangan menyeluruh tentang mahkamah syariah. AP dari PAS tidak kelihatan mencelah menteri samada mereka berpuas hati atau pun kelibat mereka tidak kelihatan di dewan semasa penggulungan tersebut. Saya tidak heran AP Melayu dari BN tidak bahas tetapi AP PAS langsung tidak bersuara amat memeranjatkan semua pihak termasuk yang hadir dalam himpunan ungu tempoh hari.
12. Lebih aneh menteri tidak membantah sebahagian pandangan kami malah akur sebahagian besar hujah kami. Nada kami sebagai ahli legaslatif adalah mementingkan piawaian perlembagaan, proses sepatutnya dan kaedah awlawiyat dalam memperkenalkan perundangan. Sebab itu menteri yang tertakluk kepada persetujuan dewan harus akur kepada teguran-teguran kami. Itulah fungsi legaslatif.
13. Samada Marang dapat bentang atau tidak bil persendiriannya bukan masalah kami kerana ia akan ditentukan oleh pihak kabinet yang akan memberi laluan untuk Speaker Dewan menjemput Marang.
14. Perlu difahami, laluan kepada Marang sebanyak 2 kali dibazirkan tanpa bahas, pastinya itu adalah arahan 'tertentu' kerana jika benar Marang menganggap RUU 355 penting pasti Marang akan menjelaskan kenapa ia mencadangkan demikian dalam butiran usulnya. Itupun mengambil kira Marang telah meminda sendiri usulnya ketika diberi peluang kali kedua walaupun tiada penghujahan dari Presiden PAS itu.
15. Saya yakin jika peluang berbahas diberikan dengan laluan Marang dalam RUU355 nya, kami akan bangkit dan berbahas sekali lagi atas piawaian ahli legaslatif dari sudut perlembagaan, proses dan keutamaan supaya isu perundangan tidak dipolitikkan apatah lagi atas nama bidangkuasa mahkamah syariah. Menjadikan isu perundangan untuk tujuan mencapai maksud politik tertentu dan dalam proses itu memburukkan perpaduan nasional dan menunggang agama, amatlah merosakkan fondasi negara ini yang mementingkan prinsip perlembagaan dan rukun negara.
16. Saya sempat membetulkan tanggapan menteri kononnya isu mahkamah syariah tak patut dipertikaikan kerana umat Islam tak pertikaikan solat, puasa dan haji. Saya tidak setuju, kerana mahkamah syariah adalah soal pentadbiran dan proses perundangan dan dalam bab siyasah syarieyah. Ia boleh mendapat pandangan berbagai dan boleh untuk setuju atau tidak setuju yang diizinkan syariat. Menteri diam tidak respons.
17. Catatan ini adalah sebagai bukti bahawa AMANAH mahukan proses perundangan termasuk RUU 355 berjalan tertib dan mengambilkira secara 'wholistic' institusi mahkamah syariah begitu juga memastikan kebebasan parlimen dari tunggangan politik. Parlimen adalah satu dari tiga cabang pemerintahan. Menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang di parlimen adalah tugas utama kami, sekurangnya kami memastikan eksekutif menjalankan tugas mereka dengan betul termasuk RUU 355
Read More

Friday, 5 August 2016

[Video] BERS✓H 5 - TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

Jumaat, 5 Ogos 2016

BERS✓H 5: TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5 
Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu. 

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. 

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang. 

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya. 
mk 

ULASAN GB 

Rasanya TITM sudah serik untuk kemukakan pendiriannya sebab setiap kali beliau suara, ianya akan di'uturn'kan oleh Presidennya Haji Hadi. 

Apahal TITM mahu ulas lagi sedangkan setiap kali beliau ulas, setiap kali itulah keputusannya akan di terbalikkan oleh Presiden PAS sendiri? 



Tentang Himpunan BERSIH, sudah ada precedent sebelum ini: 


Yang terbaharu, TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata". 

Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:
Dalam PAS yang mengamalkan kepimpinan diktator, "pemimpin lain tak usah menyibuk" -kata seorang pascai. Mereka kena ikut dan patuh kepada Presiden, jika tidak kamu dianggap pengkhianat! 

Dicatat oleh 
Read More

Sunday, 24 November 2013

Datuk Abu Bakar Chik memukul drum simbolik pembukaan Konsert Gig Green Zone...Ada ahli PAS 'terkejut'

Ahad, 24 November 2013
Benarkah?

MuktamarPAS : Konsert METAL Sesat di Karnival PAS for ALL!!!


Published on Nov 22, 2013
Bersempena dengan Muktamar PAS 2013, Karnival PAS for ALL telah menyajikan hidangan Konsert METAL. Kalau dahulunya orang PAS sanggup membantah malah mengharamkan hiburan, tetapi PAS kini sudah berubah 180 darjah.

Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone

SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.
Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.

Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.

Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.

"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS.

"Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Posted by Kedah Lanie 

SHAH ALAM, 24 Nov - PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda. Konsert yang diadakan PAS mengambil konsep keterbukaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang meraikan kepelbagaian anak muda.
Dr. Muhaimin Sulaiman, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian menjelaskan tentang konsep konsert berkenaan menjawab soalan perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan Jumaat lalu.
"Sebab itu Pakatan Rakyat kekal memerintah Selangor untuk 2 sesi pilihanraya,
"Ia bukan sekadar konsert, tetapi kita mulakan program itu dengan Solat Isyak berjemaah. Kemudian acara disambung dengan tazkirah berhubung adab berhibur dan Ustaz Abu Bakar Chik, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik memukul drum tanda simbolik pembukaan program,
"Ulamak pun boleh pukul drum. Inilah PAS yang dekat dengan anak muda yang pelbagai", penjelasannya itu disambut tepukan gemuruh perwakilan dan para pemerhati.
Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'. PAS bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas teguran perwakilan dari Kedah tentang konsert Gig Green Zone yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack.
Di akhir ucapan penggulungan itu, beliau memetik lirik lagu 'Wind Of Change' dari kumpulan rock Scorpion; "Take me to the magic of the moment, On a glory night, Where the children of tomorrow share their dreams,With you and me".
"Seolah-olah mereka merayu, terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan-tuan menuju masa depan yang cerah gemilang. Maybe this is stairway to heaven," tambahnya lagi.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena