Saturday 4 March 2017

[Video TSMY di Bandar Baru UDA, JB] Ke mana pergi ratusan ribu penyokong RUU 355? Kerajaan Kelantan disaman Dae Hanguru Infra RM230 juta? 'Mentadbir negeri bukan macam mentadbir pondok'!

Ahad, 5 Mac 2017


Ke mana pergi ratusan ribu penyokong RUU 355?

Suasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusat
Lebih banyak kerusi kosong kelihatan walaupun dihadiri pemimpin Pas Pusat. Itu situasi yang berlaku dalam Ceramah Perdana Pas di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang di Selangor malam tadi.
Beberapa foto program itu yang difahamkan setakat pukul 10.30 malam turut tular di media sosial manakala semakan Malaysia Dateline pagi ini di laman rasmi Facebook Pas Kawasan Klang mendapati tiada langsung foto hadirin dimuat naik.
Hanya wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan berjumlah tujuh foto kesemuanya disiarkan walaupun poster program turut memaklumkan kehadiran Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.
Walaupun Pas sebelum ini menguar-uarkan ratusan ribu pengikutnya hadir pada himpunan menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 di Kuala Lumpur bulan lalu tetapi sokongan yang sama dilihat tidak wujud pada program Pas di negeri Pakatan Harapan itu.
Pada hari yang sama, suasana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Selangor di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pula dilihat jauh berbeza.
Dihadiri ahli dan penyokong Amanah berbilang kaum sesuai dengan demografi pilihan raya di kawasan tersebut, dewan di Jalan Pandamaran Jaya 7 pada pagi semalam dibanjiri warna jingga dalam program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim; Pengarah Pilihan Raya Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin serta para pemimpin Amanah negeri berkenaan.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir bakal menyaksikan penampilan sulung Amanah sebagai parti Islam menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan menentang Umno-BN dan mana-mana parti yang bersekongkol dengan rejim kleptokrat itu.
Amanah sebelum ini memutuskan akan meletakkan calonnya di semua kerusi Pas tandingi pada PRU-14 memandangkan kedudukan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bukan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Pas yang secara terbuka turut memusuhi DAP dalam reaksinya pula mengecam pendirian Amanah itu dengan menganggap kerusi yang ditandinginya sebelum ini sebagai "kerusi tradisi" walaupun kalah.
Di Selangor, kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) menguasai 30 kerusi manakala Pas 13, BN 12 dan Bebas 1 kerusi.
Amanah di negeri itu mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) serta tiga Ahli Parlimen terdiri daripada Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Khalid Abd Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalamDewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalam
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, sokongan pengundi Cina untuk Pas di Selangor meningkat kepada 70.3 peratus berbanding 42.9 peratus pada PRU-12 (2008) sekaligus menyumbang kepada pertambahan daripada lapan kepada 15 kerusi Dun.
Walau bagaimanapun, banyak pihak menjangkakan senario itu tidak lagi berlaku pada PRU-14 ekoran sikap kepimpinan Pas yang istiqamah mesra kepada Umno-BN tetapi pada masa menyerang Amanah dan Pas yang merupakan gabungan Pakatan Harapan.
Antaranya, analisis akhbar harian Cina, Oriental Daily baru-baru ini meramalkan Pas Selangor bakal kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dengan lapan daripadanya mempunyai jumlah pengundi Cina kira-kira 30 peratus iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Hanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiensHanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiens

Kerajaan Kelantan disaman RM230 juta?

Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.


Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.



Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.

Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan risiko di sebalik pembatalan itu.

Sumber tertentu memberi tahu syarikat Korea berkenaan telah menghantar dua kali surat kepada pihak kerajaan Kelantan untuk berunding perkara itu tetapi tidak dilayan. Khabar Exco yang ditugaskan menguruskan pembinaan projek berkenaan tidak mahu melayani permintaan kontrektor berkenaan atas alasan ia berurusan dengan orang lain.


Hari ini khabarnya kontrektor berkenaan telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta.


Sudah pasti hal-hal sebegini dapat dielakkan kalau pihak tertentu khasnya Ahmad Yaakub sebagai MB bijak menguruskan masalah ini dan tidak mudah memperlecehkan pihak lain.

Hari ini projek pembinaan lebuh raya berkenaan masih menjadi tanda tanya apakah ia jadi kenyataan, atau pun tidak. Selepas mengenepikan kontrektor dari Korea itu pihak kerajaan telah melantik EcoBound Sdn Bhd yang kononnya ada kerjasama dengan IDB untuk membina lebuh raya berkenaan. Hal ini pernah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abadullah yang lebuh raya itu menelan belanja sebanyak RM669 juta dan akan siap tahun 2016.

Bagaimana pun sebulan lepas kerajaan Kelantan telah membuang syarikat EcoBound berkenaan dan telah mengadakan tander terbuka untuk pembinaan projek yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan itu. Ada juga desas desus konsultan berkenaan juga akan mengemukakan saman ekoran pemecatannya dari menguruskan lebuh raya berkenaan.

Saman dikemukakan kontrektor dari Korea itu memberi masalah berat kepada kerajaan Ahmad Yaakub. Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan itu ia boleh menyebabkan kerjaaan Kelantan akan bankrup. Jumlah RM230 juta bukan sedikit dan tidak mungkin mampu dibayar oleh kerajaan Kelantan dalam kemampuan kewangannya sangat dhaif kini. [wm.kl.4:17 pm 26/01/14]

 comments:

bat8 said...
Tuan,

Ambo terlintas dan raruh bimbang juga perkara ini apabila kerajaan baru mengumumkan pembatalan kontrek dengan syarikat korea ini. Ambo tahulah serba sedikit pasal lebuhraya dan kontrak kerana ambo memang dibidang ini.

Kontrek antarabangsa kena berhati-hati. Inilah padahnya. Belanja baru RM 5 juta l3bih tetapi tuntut sampai RM 230 juta. Akhirnya jika dapat pampasan RM 20 juta atau lebih skit apabila settle diluar mahkamah kira berbaloi. Itulah satu cara syarikat luar negara mainkan kita. Banyak sudah benda ni berlaku dan pengalaman di Kelantan pun ada dengan p3mbinaan j3mbatan tanah merah ol3h sato koyo dalam tahun 87 dulu.

K3simpulannya pentadbiran negeri bukan macam tadbir pondok. Jauh l3bih kompl3ks. Juga bukan seperti pentadbiran persatuan pakai pilih puak je.

RM 230 juta tu bukan sikit. Lebih separuh dari bajet negeri kelantan. Mana nak cekau jikalah kena bayar kerana gara-gara faqih ugama faqih serba ilmu. Gara-gara perbezaan peribadi walaupun satu jamaah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena