Saturday, 20 May 2017

[Video "Letak jawatan...Letak jawatan," seru perwakilan pada Nik Nazmi] 'Perpaduan Umno-Pas macam sinetron' sampai 150 episod.

Sabtu 20 Mei 2017

'Perpaduan Umno-Pas macam sinetron'

Pemuda Amanah Terengganu menganggap kisah kerajaan perpaduan Umno-Pas tidak berlaku dalam tempoh singkat sebaliknya mengambil proses panjang seperti siri sinetron di stesen televisyen.
Ketuanya, Hasbie Muda berkata, kesepakatan politik antara kedua-dua parti terbabit telah lama berlangsung ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU) 2008 lagi.
"Isu UG (kerajaan perpaduan) ini sekarang sudah masuk tahun ke-10 bermula tahun 2008 dulu.
"Perpaduan Umno dan Pas ini cerita betul bukan rekaan tetapi bukan macam cerekarama dua jam dah tahu apa penamatnya.
"Dia ni (perpaduan Umno-Pas) macam sinetreon sampai 150 episod tidak tahu lagi penutupnya macam-macam," ujarnya dalam ceramah Pakatan Harapan di Paka baru-baru ini.
Menurutnya, isu kerjasama Umno-Pas di Perak pasca PRU 2008 muncul apabila terdapat pemimpin Pas menghubungi Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak mendesak supaya bergabung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-Pas di negeri itu.
"Di Selangor pula ada rundingan antara Khir Toyo jamu dengan nasi beriani nak suruh Pas bersama dengan Umno. Biarlah Hasan Ali jadi Menteri Besar pun tak mengapa.
"Tetapi proses 'UG' ini digagalkan oleh pemimpin-pemimpin kita dalam Pas ketika itu yang kemudiannya mengakibatkan mereka ditendang keluar dari Pada pada 2015," jelasnya.
Mengulas keputusan Pas Pusat pada 6 Mei lalu menggantikan Satiful Bahri Mamat sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu dengan Datuk Husain Awang, beliau menyifatkan hal tersebut turut berkaitan dengan kerajaan perpaduan Umno-Pas.
"Satiful Bahri tidak disambung jawatan sebagai Pesuruhjaya ada kaitan dengan agenda UG ini sebab setakat yang saya kenal, Satiful tidak berapa suka dengan Umno.
"Waktu Ahmad Said nak gulingkan Ahmad Razif (melalui) undi tidak percaya beberapa tahun lalu, PJ (Pesuruhjaya) Pas ini sokong Ahmad Said tapi Presiden Pas tidak setuju.
"Tiba-tiba digantikan dengan tokoh veteran dengan ustaz yang sebaya dengan Presiden (Pas) dekat pilihan raya. Mesti ada agenda besar," dakwanya.
Bahkan, kata Hasbie, penukaran Pesuruhjaya Pas di Selangor dan pengguguran Datuk Mustafa Ali daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat juga berkaitan dengan pelan kerajaan perpaduan Umno-Pas.
"Semua ini proses ke arah itu (kerajaan perpaduan Umno-Pas). Kalau umum secara terbuka nak gabung dengan Umno, nanti ahli Pas berpecah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan terdapat kerusi yang Umno tidak akan letakkan calon di kawasan Pas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Ini tidak mustahil berlaku pada pilihan raya akan datang. Pakatan pilihan raya Umno dan Pas ini tidak perlu umum. Cukup untuk menunjukkan mereka bersama," jelasnya.
Menurut Hasbie, Umno sebelum ini telah menggunakan kelemahan Pas dalam memecahkan parti itu di peringkat dalaman seterusnya blok pakatan pembangkang.
"Digunakan RUU 355 sebagai umpan. Kalau Umno nak buat hudud, tahun 2008 sudah siap tapi dikaji sikit-sikit.
"Sekarang ini tidak lulus lagi. Bila-bila masa lagi dia boleh hentikan tapi ini digunakan Umno untuk memecah belahkan Pas supaya Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan berjuang bersendirian.
"Tapi, Alhamdulillah datang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pas," tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena