Saturday, 27 May 2017

[Video TANWEER RAMADHAN USTAZ ZULKIFLI AHMAD] 'Kayuhan hampir berjaya, Pas pula buat hal'.

Sabtu, 27 Mei 2017


Foto Parti Amanah Negara.

'Kayuhan hampir berjaya, Pas pula buat hal'

 | ARIF ATAN
Datuk Husam Musa dalam pidato di Panchor Pengkalan Chepa kelmarin
Datuk Husam Musa dalam pidato di Panchor Pengkalan Chepa kelmarin
Ibarat kayuhan di perahu, matlamat menuju kepada kemenangan pilihan raya terganggu apabila Pas mengambil sikap bermusuhan dengan satu persatu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, situasi Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu bercanggah dengan semangat permuafakatan dalam usaha menjatuhkan rejim Umno-BN.
"Pas naik perahu, kayuh, sampai tengah jalan cari macam-macam alasan. Mula-mula cari alasan (berpecah) dengan DAP. DAP kononnya menentang Islam.
"Kalau Pas tidak buat hal, dekat dah kita nak berjaya. Pas buat alasan terakhir pecah dengan PKR. Alasannya, PKR menentang hukum syarak yang dibawa Pas juga PKR khianati tahaluf siyasi dengan Pas.
"Dalam perjuangan parti politik di Malaysia ini, semua parti memerlukan perkongsian. Kena kongsi orang lain, baru boleh menang perintah Malaysia, perintah mana-mana negeri," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Panchor, Pengkalan Chepa kelmarin.
Menurut Penasihat Amanah Kelantan itu, "kayuhan" setiap parti di bawah Pakatan Harapan bagi memenangi pilihan raya bergantung kepada faktor demografi pengundi.
"Kita duduk dalam perahu masing-masing hendak kayuh sampai kepada tujuan. Amanah kayuh, DAP pun kayuh juga bukan duduk saja. DAP kayuh cara dia. DAP berlawan di kerusi-kerusi MCA, MIC dan Gerakan.
"Kalau kita nak kayuh ke situ, tak terdaya kita. Amanah kayuh di kawasan yang DAP tidak boleh kayuh. PKR kayuh cara dia di kawasan-kawasan campuran.
"Bersatu pun kayuh mula di kawasan BN. Dulu Mahathir kayuh bagi Umno-BN. Sekarang ini dia kayuh bagi Pakatan Harapan," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
Mengulas lanjut hubungan Pas dan PKR, Husam berpendapat parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak harus lagi berada dalam kerajaan negeri Selangor.
"Sepatutnya bila PKR lawan agama, Pas sepatutnya tidak boleh duduk dalam kerajaan negeri Selangor, kalau ikut hukum dia sendiri kata.
"(Pas) Duduk dalam kerajaan Selangor bererti bersama kerajaan yang mengkhianati perjuangan Islam. Jadi, kenapa Pas duduk dalam kerajaan Selangor?" bidas bekas Naib Presiden Pas itu.
Sehubungan itu, beliau menganggap Pas hanya menganggap dirinya sahaja yang betul manakala pihak lain salah dengan pelbagai hukum diketengahkan.
"Sebelum titah Tuanku (Sultan Selangor) lagi Pas tidak mahu tinggalkan kerajaan Selangor. Pasal apa Pas tak mahu tinggal? Inilah yang kita kata politik Pas.
"Kalau dia (Pas) buat jadi lain. Kalau orang lain, mulalah bawa mari macam-macam hukum. Dia tengok kalau undur dari kerajaan (Selangor), dia tiada jawatan Exco.
"Dia (Pas) hilang 5,000 jawatan dalam kerajaan. Kalau dia bertanding pilihan raya akan datang, dia akan kalah," tegas Husam lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena