Tuesday, 23 May 2017

[Video Mahfuz Kesal PAS Rela UMNO BN Menang Daripada AMANAH/PH] Media Taiwan: Tak ada kerja tetap tapi pakai kad kredit belanja RM200 juta. Phew! Dilarang masuk pejabat SPR, pemuda PH rantai pagar!

Selasa, 23 Mei 2017

Pemuda Pakatan Harapan rantai pejabat SPR
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Sany Hamzan (kanan) dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Faiz Fadzil (kiri) menunjukkan pagar yang dikunci di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya selepas mengadakan demo di hadapan pejabat SPR. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Foto Otai BERSIH.
Media Taiwan : Rosmah tak ada kerja tetap tapi pakai kad kredit belanja RM200 juta. Phew! 

Foto Suara Rakyat.
Perjumpaan Presiden Amerika Syarikat Trump bersama Presiden Israel Rivlin di Jerusalem, sejurus tiba di Israel dari penerbangan terus Arab Saudi semalam (Isnin) sambil berkata, "We just go back from the Middle East."

NAMPAK TAK...

Dilarang masuk pejabat SPR, pemuda PH rantai pagar

Dilarang masuk pejabat SPR, pemuda PH rantai pagar
Ahli Pemuda Amanah berkumpul di depan ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini, membantah arahan SPR menghentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan kepada parti politik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Mei, 2017.
PEMUDA Pakatan Harapan hari ini bertindak merantai pagar di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai simbolik larangan terhadap penyerahan memorandum kepada Pengerusi SPR Hashim Abdullah.
Memorandum itu bertujuan menggesa badan bebas itu menarik semula larangan pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sani Hamzan berkata sebelum ini pihaknya hadir menghantar memorandum bantahan itu secara baik kepada SPR.
Bagaimanapun, katanya selepas hampir sebulan SPR masih lagi mengekalkan larangan tersebut dan tempoh bantahan RDPT Suku Pertama 2017 berakhir semalam.
Salah seorang kakitangan SPR memaklumkan kepada media pengerusi kini berada di Ipoh atas urusan kerja.
"Pemuda dan Wanita PH kesal dan membantah tindakan tidak demokratik SPR. Ini kerana, RDPT sangat penting bagi membolehkan parti politik berperanan sebagai agen semak dan imbang dalam memastikan maklumat bakal pengundi dalam PRU14 disemak dan disahkan kesahihannya.
"Tindakan ini sudah pasti akan menyukarkan mana-mana parti politik membuat semakan dan satu-satunya cara ialah melalui RDPT yang dipamerkan di premis kerajaan," katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat SPR, Putrajaya hari ini.
Sani berkata pada Selasa depan laporan polis akan dibuat di seluruh negara berhubung isu ini dan memorandum akan dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu untuk campur tangan isu.
Bulan 26 April, Setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh mengeluarkan arahan pemberhentian pengedaran RDPT.
Ghani berkata SPR mengeluarkan arahan kepada pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik, dan semua pihak lain yang berkepentingan.
Berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
Ghani berkata keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama pemohon yang terbabit. – 23 Mei, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena