Saturday, 20 May 2017

[Video Fitnah YB Pas Konon Ahli AMANAH Dibayar RM350 seorang] KUOTA Haji...JANGAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT! AMANAH tak campuri konflik PKR-PAS, kata Salahuddin.

Ahad, 21 Mei 2017

Kata Najib, ramai berkat naik haji kerana perjuangan UMNO...

KARUT !!!!

TAHUKAH ANDA..
Malah negara lain spt Indonesia, Pakistan dan India termasuk juga negara bukan Islam spt S'pore juga ditambah kuota hajinya tahun ini... TAKDA UMNO pun !!!

JANGAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT!

AMANAH tak campuri konflik PKR-PAS, kata Salahuddin


Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan melibatkan diri dalam konflik yang melanda antara PAS dan PKR, kata Timbalan Presiden parti itu, Salahuddin Ayub.
Konflik antara PAS dan PKR berlaku susulan terputusnya kerjasama politik di antara kedua parti itu.
"Isu antara PKR dengan PAS hanya boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor, biar rakyat lihat parti mana yang bermasalah sebenarnya.
"Biar rakyat buat penghakiman parti mana yang benar-benar berjuang bagi menyelesaikan masalah rakyat," katanya, memetik laporan Sinar Online, hari ini.
Semalam, seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.
"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam.
Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihaknya hanya akan mengambil pendekatan memperkukuhkan Pakatan Harapan sebelum menjelangnya PRU akan datang.
"Kita tak mahu AMANAH dilihat sebagai parti yang mahu hidup di atas masalah orang lain. AMANAH tidak akan bersikap begitu," katanya lagi.
Menurutnya lagi, PAS sepatutnya menyelesaikan masalah antara partinya dengan PKR dalam kadar segera.
"Mula-mula tunggu Muktamar (untuk putuskan hubungan dengan PKR), lepas itu tunggu pula Dewan Majlis Syura, kemudian mahu tunggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pula.
"Terbaharu, mereka mahu tunggu perkenan Sultan pula untuk lepaskan jawatan. Sebenarnya PAS tidak boleh bersikap begitu," katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena