Saranan menteri tidak berpijak dibumi nyata. Seolah-olah BR1M itu diberi setiap bulan untuk menampung kos insurans dan kos-kos lain. Sedangkan pada hakikatnya BR1M yang diberikan itu tidak mampu mengubah taraf hidup rakyat.
Bantuan one-off ini hanya mampu bertahan dalam tempoh singkat kerana dalam keadaan sekarang, nilai BR1M yang diberikan itu tidak setara dengan kos kehidupan rakyat pada ketika ini. Saya yakin rakyat sedar hakikat ini..
Penerima BR1M disaran carum insurans
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
MARAN - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) disaran mencarum insurans sebagai melindungi diri serta jaminan jika ditimpa kemalangan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, perlindungan insuran sangat penting kepada individu kerana jika ditimpa musibah kemalangan, individu terbabit akan mendapat pelbagai faedah termasuk bayaran rawatan perubatan , ganti rugi dan pelbagai.
Bagaimana pun kesedaran untuk memiliki ya dalam kalangan anak muda dan warga desa masih kurang disebabkan faktor kewangan.
"Justeru adalah lebih elok penerima BRIM menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk membeli insurans bagi faedah diri, keluarga dan masa depan. Namun ini terpulang kepada keperluan dan kehendak masing-masing.
SH.
0 comments:
Post a Comment