Thursday, 18 May 2017

[Video Slow Motion Mat Over Lempang David Teo Depan PM] Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Khamis, 18 Mei 2017

Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?


Peguam persoal Najib tidak kutuk jenayah depan mata oleh Mat Over 

Peguam dan Ahli Parlimen PKR N Surendran hari ini mempersoalkan kegagalan Datuk Seri Najib Razak mengutuk kelakuan jenayah yang disaksikan olehnya ketika sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi. 

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran. 

Beliau merujuk program Najib bersama “penggiat seni” yang dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor, yang menyaksikan pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang mengajukan soalan. 

Bagaimanapun, selepas dibenarkan meneruskan soalan kepada Najib, pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali dengan panggilan “Mat Over” tiba-tiba meluru dan menampar Teo, menyebabkan pergelutan sehingga memaksa pasukan keselamatan meleraikan keadaan. 

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib. Surendran berkata polis perlu menyiasat kejadian itu dan undang-undang perlu dihormati. 

“Apabila sesuatu jenayah berlaku, PM atau sesiapa pun tidak berhak menyelesaikan perkara itu (di luar kerangka undang-undang),” kata Surendran. 

Apakah kerana Mat Over itu seorang ahli UMNO lantaran itu tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya?
 
Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena