Saturday, 27 May 2017

[Video TAZKIRAH RAMADHAN OLEH DR HASSAN BAHROM & Mejar Zaidi kena tampar] Guan Eng kesal pukul jadi budaya baharu.

Sabtu, 27 Mei 2017


Image result for Gambar mejar Zaidi kena lempang
Selain dari ditampar dan ditolak, Mejar Zaidi juga dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika mahu meninggalkan perkarangan masjid.

Guan Eng kesal pukul jadi budaya baru

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kesal terhadap insiden pegawai penerangan pejabat ketua menteri, Zaidi Ahmad ditampar peserta himpunan di hadapan sebuah masjid semalam.
Guan Eng berkata, budaya memukul orang dilihat menjadi budaya baharu yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat negara ini pada masa kini.
Menurutnya, keganasan tidak perlu berlaku sekiranya terdapat perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara sebaliknya boleh dibincang dengan baik.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia tidak seharusnya berlaku keganasan di kalangan masyarakat kita. Walau apa pun, tak boleh pukul orang. Saya lihat ini dah jadi budaya baru. Saya juga amat prihatin dengan apa yang berlaku ke atas pegawai saya.
"Apa-apa hal atau tak sependapat, akan pukul orang. Ini bukan budaya Malaysia, ia budaya luar yang ganas dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia," katanya, seperti dipetik Sinar Online.
Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Amal Rock-A-Duck di Batu Feringghi, hari ini.
Zaidi AhmadZaidi AhmadSemalam, Zaidi yang merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar oleh seorang warga emas ketika himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam.
Kejadian berlaku apabila Zaidi yang mendengar ucapan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mempersoalkan ucapan Hafiz.
“Saya berada di masjid ketika itu dan Hafiz menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia fatwa mana yang dicampuri.
"Saya cuma nak tau fatwa mana yang kerajaan negeri campur tangan, tapi tiba-tiba kena serang," katanya.
Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau menyerahkan kes itu kepada Zaidi untuk menguruskannya.
"Saya sudah hubungi dia (Zaidi) dan dia kata dia nak urus sendiri. Ini kerana, kejadian itu tiada kaitan dengan jawatannya sebagai pegawai kerajaan negeri tetapi lebih kepada peribadi.
"Lagi pun kejadian itu berlaku ketika dia pergi sembahyang. Saya hormat keputusan dia dan akan serahkan untuk dia urus sendiri," katanya.
Sekumpulan peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town semalamSekumpulan peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town semalam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena