Friday, 2 June 2017

[Video Ajar kucing maksud BR1M. jom sama2 dengar] DAP: Pantang Melayu ‘tertipu’ buat kali ke-2

Sabtu, 3 Jun 2017

DAP: Pantang Melayu ‘tertipu’ buat kali ke-2


Tatkala sedang singgah membeli sedikit kuih bagi berbuka puasa baru-baru ini, saya terserempak dengan kenalan – bukan kawan saya sebenarnya – tetapi ‘rakan’ politik arwah ayah suatu ketika dahulu.
Seperkenalan bersama arwah ayah, beliau merupakan ahli Umno yang boleh dikategorikan sebagai ‘totok’ di bawah teraju Tun Dr Mahathir Mohamad manakala ayah dalam DAP dengan keahlian ‘diwarisi’ oleh saya selaku anaknya selepas pemergiannya.
Perbualan kami yang setakat biasa-biasa pada mulanya – sekadar bertanya khabar – bertukar kepada isu politik semasa dengan antara kami memahami bahawa beliau kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan saya pula ‘totok’ DAP.
Katanya yang kini saya anggarkan berusia dalam lingkungan 70an, beliau mengakui bahawa sebelum ini begitu taksub, percaya dan terpengaruh dengan momokan Mahathir suatu ketika dahulu bahawa DAP adalah parti politik yang anti-Islam, anti-Melayu dan apa jua sewaktu dengannya.
Namun, kini setelah Mahathir sendiri mengakui DAP bukanlah parti politik sedemikian dan selepas mengalaminya sendiri dengan melihat serta bergaul dalam komuniti DAP bertahun lamanya, beliau sudah tahu, faham dan tersedar hakikat sebenarnya.
“Sebenarnya DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah, Sarawak dalam DAP.
“Ada wakil rakyat DAP yang terdiri daripada orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh,” memetik catatan Mahathir dalam blognya.
Justeru, katanya, strategi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk ‘meniru dan mengulangi’ strategi Mahathir itu dengan menjadikan DAP sebagai ‘mangsa’ politik tidak akan berjaya kerana orang Melayu tidak bodoh, tidak akan tertipu dengan dakyah sedemikian lagi.
Ini kerana, jelasnya, orang Melayu telah menyedari dan memperakui kata-kata Mahathir bahawa DAP bukan parti cauvinis dan tidak pernah menunjukkan sebarang sentimen anti-Islam, anti-Melayu seperti yang dimomokkan dalam akhbar-akhbar perdana milik Umno.
Lagipun, beliau sendiri nampak dan berbual dengan beberapa pemimpin DAP yang parti itu sebenarnya bukan bermatlamat untuk hapuskan hak-hak keistimewaan Melayu, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), menutup Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebagainya.
Janji tersebut sekaligus dibuktikan dengan prestasi pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sejak 2008 yang tidak pernah langsung menunjukkan sebarang usaha atau sentimen anti-Islam dan anti-Melayu.
Malah, Pulau Pinang di bawah teraju pimpinan DAP selama hampir dua penggal setakat ini menambah peruntukan belanjawan bagi pembangunan Islam di Pulau Pinang melibatkan Sekolah Agama Rakyat, masjid dan badan serta institusi Islam lain dari tahun ke tahun berbanding negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.
Malahan, para tahfiz Al-Quran turut diberi imbuhan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Yang tampak jelas ialah DAP mahu menjadikan Malaysia negara lebih baik dengan melaksanakan agenda anti-rasuah dan mendedahkan dalang sebenar bergelar MO1 di sebalik kemelut yang memburukkan nama baik Malaysia di persada antarabangsa.
Yang tampak ketara ialah DAP cuba untuk meningkatkan ekonomi negara tanpa membebankan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain mengawal kadar inflasi agar rakyat biasa mampu menjalani kehidupan tanpa kemurungan dan meningkatkan peluang untuk berjaya dari generasi ke generasi.
Justeru, DAP hari ini nampaknya semakin berpotensi untuk menerima lebih banyak undi masyarakat Melayu pada pilihan raya umum ke-14, atau setidak-tidaknya, menjadi parti yang boleh dirapati semasa berkempen tanpa perasaan syak atau was-was lagi.
Nampaknya, strategi BN untuk melemahkan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh tiga parti lain yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Melayu dengan memangsakan DAP tidak akan berjaya.
Usaha terbaru dengan menyerang Hannah Yeoh dengan agenda Kristian, melarang pimpinan DAP dari menyertai majlis berbuka puasa dan esei Lim Kit Siang anti-Islam tidak akan berjaya mengaburi mata orang Melayu.
Lebih dari itu, BN telah membuktikan parti itu gagal menguruskan ekonomi negara sehingga kos sara hidup melonjak, tahap inflasi berada di paras yang menderitakan rakyat dan rata-rata ramai semakin sedih setelah banyak isu kedaulatan negara semakin diperlekehkan.
Tanpa mengira kaum, BN telah berjaya menekan sama ada masyarakat Melayu, Cina dan India termasuk kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan bukan sahaja kos sara hidup yang semakin membebankan, nama baik Malaysia di arena antarabangsa serta mula membimbangi masa depan Malaysia untuk generasi akan datang
*Amran Ahmad yang menyertai DAP sejak 2009 adalah anak bongsu arwah Ahmad Nor, bekas naib pengerusi DAP

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena