Thursday, 1 June 2017

[Video 'Jika rakyat minta Mahathir jadi PM semula, apa kata Tun?'] DAP lapor polis, YDP PAS Gombak padam status fitnah.

Khamis, 1 Jun 2017

Foto Candu Tujuh Sembilan.

Foto Pakatan Harapan Supporters.

Untonglah UMNO. Duit tabung haji macam duit UMNO kan..? UMNO kempen xyah keluar duit..

DAP lapor polis, YDP PAS Gombak padam status fitnah


Shukri bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis. Foto Roketkini
Keceluparan Yang Dipertua (YDP) Pas Gombak, Salehhuddin Nasir memuat naik status berunsur fitnah di laman facebook mengundang padah apabila Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat laporan polis.
Laporan polis itu dibuat aktivis DAPSY Subang Shukri Mokhtar di  Balai Polis Damansara.
Ini ekoran kenyataan fitnah Sallehuddin kononnya pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menaja pesta arak dan onani di negeri tersebut.
Salehhuddin juga digesa supaya membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin DAP yang berbuka puasa dengan masyarakat Islam sehingga menimbulkan polemik tidak sihat di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Menurut Shukri, perbezaan pandangan adalah perkara biasa namun ia bukan bererti seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.
"Saya sedih melihat YDP Pas Gombak memulakan bulan mulia ini dengan fitnah dan juga penyebaran berita palsu. Saya cabar beliau untuk beri bukti dan hujah, bahawa DAP pernah menganjurkan pesta arak dan pesta onani.
"Jika kopiah dan serban itu dianggap sebagai lesen untuk menfitnah dan memaki hamun, maka tidak terkejutlah kita hari ini, YDP Pas Gombak, Ustaz Salehhuddin Nasir melakukan seperti yang sedemikian," katanya.
Menurutnya, budaya politik yang dibawa pemimpin Pas itu perlu dihentikan mengikut jalur undang-undang.
“Kes ini bukan lagi sekadar perselisihan politik tapi pelanggaran undang-undang melibatkan fitnah dan penyebaran berita palsu,” kata Shukri.
Sementara itu, berdasarkan carian di facebook, status Salehhuddin berhubung fitnah pesta onani dan arak di Pulau Pinang itu telahpun  dipadamkan.
Dalam kemaskini facebook terbarunya, Salehhuddin berkata oleh kerana status tersebut telah menimbulkan polemik dan kekeliruan serta kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Pas, ianya telah dipadamkan.
“Maka saya dengan ini memohon maaf sekiranya status tersebut telah mengakibatkan suasana tidak harmoni kepada semua lapisan masyarakat,” tulis Salehhuddin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena