Kenyataan Media.
PROJEK FEEDLOT: LADANG ADA, LEMBUNYA MANA?
1. National Feedlot Corporation (NFC) ditubuhkan adalah projek yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah syarikat pengedar daging lembu kepada seluruh negara namun hakikatnya selepas skandal yang berlaku membabitkan syarikat tersebut, ternyata ia seperti suatu pembaziran yang nyata.
2. Saya dan pihak Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor hari ini telah membuat lawatan di ladang yang dikatakan ladang untuk ternakan lembu bagi syarikat NFC tersebut nyata ia cukup mendukacitakan kerana apa yang disaksikan hanya sebuah padang rumput hijau yang luas dan lembu yang hanya wujud dalam beberapa bilangan kecil saja jauh tidak mampu untuk dijadikan sebagai pengedar ke seluruh negara.
3. Ini adalah suatu perkara yang cukup memalukan dan ia jelas memanipulasikan keadaan bagi mengaut keuntungan hanya bagi individu tertentu yang jelas telah menipu rakyat dengan meletakkan projek yang kononnya akan menjadi projek untuk membantu meringankan beban rakyat.
4. Tindakan yang dilakukan ini adalah jelas menunjukkan pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah mempersendakan rakyat Malaysia seluruhnya dan hal ini bagi saya adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah kerajaan yang membawa slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.
5. Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa terhina dengan apa yang berlaku hari ini dan ini menunjukkan kerajaan yang ada selama ini hanya menjaja kata-kata kosong bagi memenangi hati rakyat dan perbuatan yang mereka pratikkan boleh dilihat sebagai suatu kesinambungan yang dangkal.
6. Saya berharap dengan kenyataan saya sebelum ini berkenaan dengan 'bahasa undi' sahaja yang dapat menegur sekaligus dapat merubah segala penipuan yang berlaku selama ini sama ada disedari atau tidak disedari.
7. Saya mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia dapat menjelaskan dengan apa yang disaksikan saya mengenai NFC ini supaya rakyat dapat menilai sekaligus dapat membuat tindakan yang jitu terhadap pihak kerajaan.
8. Saya ingin menegaskan sekali lagi, usahlah kerajaan Umno dan BN cuba menipu rakyat kerana rakyat hari ini sudah mulai sedar dengan tindakan yang mereka lakukan dan rakyat sudah semakin bijak untuk membuat pilihan pada masa akan datang.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
3 Jun 2017
0 comments:
Post a Comment