Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober
Sekretariat Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka akan mengemukakan lima tuntutan dalam himpunan rakyat yang akan berlansung di Padang Timur Petaling Jaya pada Sabtu ini.
Lima tuntutan itu adalah berkaitan untuk mendesak kerajaan;
1.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapa Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan.
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapa Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan.
Menurut Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu berkata, mahu kesedaran kepada rakyat mengenai kleptokrasi dan rasuah yang berlaku dalam negara.
“Tuntuan ini lebih ditujukan kepada rakyat, mahu mereka faham tentang isu kleptokrasi dan penyelewengan, rasuah.
“Kini jelas apabila Bank Negara telah mendenda intitusi kewangan sebanyak RM115.8juta terhadap penyelewengan yang berlaku di bawah 1MDB ketika diterajui oleh Pengerusi 1MDB ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Pendedahan Bank Negara ini lebih kuat untuk rakyat Malaysia faham selain kenyataan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ). Malah pendedahan Bank Negara menjawab surat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menambahkan lagi penjelasan kepada
rakyat memang benar berlaku rompakan wang Bank Negara.
rakyat memang benar berlaku rompakan wang Bank Negara.
“Himpunan lebih didedahkan kepada kesedaran rakyat bukan sahaja nak tuju kepada kerajaan tetapi dedahkan perkara ini kepada rakyat kerana mahu rakyat faham apa yang sedang berlaku,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya petang ini.
Turut hadir Pengarah Pilihan Raya AMANAH Dr Hatta Ramli, Ketua DAPsy Perak Howard Lee, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil .
Kata Mohamad yang juga Presiden AMANAH lagi, walaupun diantara yang dituntut ini walaupun tidak akan berjaya diambil perhatian oleh kerajaan, tetapi ujarnya, jika Pakatan Harapan mendapat kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, lima tuntutan ini akan dilaksanakan oleh kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan kelak.
Dimaklumkan juga setakat hari ini mobilasi himpunan yang akan diadakan Sabtu ini sudah dimaklumkan kepada pihak polis dari segi kelancaran perhimpunan untuk mengawal lalu lintas ke Padang Timur di mana himpunan berlansung kelak.
“Dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 mana-mana pihak yang hendak berhimpun perlu maklumkan kepada pihak polis 10 hari lebihawal. Kita sudah maklumkan dan telah mendapat kebenaran dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
‘Himpunan aman meraikan semua rakyat yang hadir dan diharap ia berjalan lancar.
“Program tumpuan kepada hal kleptokrasi, rasuah dan penyelewengan khasnya 1MDB yang turut disertai NGO yang bersetuju hadir yang mana himpunan ini dalam suasana santai.
“Hadirin boleh bergerak santai di sekitar kawasan himpunan, kita ada pelbagai aktiviti, solat hajat, ceramah disamping melihat pameran mengenai 1MDB dan kleptokrasi.
“Setakat ini tinjauan kami kehadiran seperti dirancangkan mencapai sasaran 100,000 walaupun pada hari itu ada dua acara iaitu Hari Sukan Negara dan pada sebelah malamnya perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester, ujarnya.
Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi ini akan bermula jam 4 petang hingga 12 malam pada 14 Oktober ini.
0 comments:
Post a Comment