Friday, 5 January 2018

[Video Harakah Merapu, Mahathir Takkan Sertai Umno kembali & Oh Ale Ale GST Bangsat] Adakah Harakah bakal diletakkan di bawah Utusan? Sejak bila akhbar parti Islam pandai membuat spekulasi sampah? Harakah hentikan pekerja.

Sabtu, 6 Januari 2018


ADAKAH HARAKAH BAKAL DILETAKKAN DI BAWAH UTUSAN?

Media mana yang melaporkan Tun Mahathir Mohamad akan kembali menyertai UMNO?

Utusan, Berita Harian, TV3 atau RTM?

Atau oleh portal yang dibayar dan dibiayai UMNO serta kerapkali sebelum ini menyiarkan berita-berita palsu?

Bukan...ia dilaporkan oleh Harakah, media rasmi milik parti Islam, Pas!

Apa...? Harakah...? 

Terkejutlah segala beruk, kera dan monyet di hutan mendengarnya kerana biasanya berita-berita seumpama itu hanya mainan akhbar yang tidak laku atau portal yang dibayar tunai saja.
Akhbar parti, lebih-lebih lagi milik sebuah parti Islam tentu saja akan menjauhi laporan sedemikian kerana ia tiada asas dan kebarangkalian sama-sekali untuk menjadi kenyataan berdasarkan tindakan-tindakan Tun Mahathir berlawan dengan Najib Razak sejak 2015 yang lalu yang begitu mudah untuk difahami.

Tetapi, kenapa Harakah menyiarkan laporan sedemikian?
Sejak bila akhbar parti Islam pandai membuat spekulasi sampah?

Itukah yang yang menjadi sebab mengapa Harakah semakin tidak laku kebelakangan ini, membuang ramai pekerjanya  dan menawarkan gaji bulanan hanya RM1000 sahaja kepada wartawannya?

Mungkinkah  juga ini petanda bahawa Harakah akan berada di bawan naungan Utusan atau Media Prima tidak lama lagi? (ShahbudinHusin 05/01/2018).

Harakah hentikan pekerja, tawar semula kontrak lebih rendah

Harakah hentikan pekerja, tawar semula kontrak lebih rendah
Harakah mula diterbitkan pada 1987 dengan kekerapan seminggu sekali, sebelum terbit dua kali seminggu tiga tahun kemudian dan pernah mencatatkan rekod edaran tertinggi sehingga 400,000 naskhah terjual ketika demam pilihan raya umum 1999. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2018.

AKHBAR lidah rasmi PAS, Harakah kini berdepan tekanan pasaran sehingga terpaksa memberhentikan semua kakitangannya berkuat kuasa 31 Disember yang lalu, kata sumber.
Semua 20 kakitangan itu kemudian ditawarkan perkhidmatan secara kontrak selama enam bulan dengan tawaran gaji satu pertiga daripada gaji asal atau minimum RM1,000, kata kakitangan terlibat yang enggan dikenali.
Selain gaji lebih rendah, kontrak yang dilihat oleh The Malaysian Insight itu menetapkan syarat-syarat perkhidmatan lebih rendah, termasuk cuti sehari bagi setiap bulan.
Kontrak baru dengan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd ditawarkan berkuat kuasa serta merta selepas pemberhentian iaitu pada 1 Januari tahun ini. Semua mereka sebelum ini digajikan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat.
"Beberapa orang antara kami ambil keputusan untuk tolak tawaran dan bekerja di tempat lain," kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.
Beberapa kakitangan terlibat juga belum menerima bayaran penuh gaji November tahun lalu, tambah sumber.
Sebahagian salinan kontrak itu turut tersebar di media sosial dengan kritikan terhadap pengurusan akhbar itu.
The Malaysian Insight menghubungi pengurusan Harakah dan Jabatan Penerangan PAS untuk mendapatkan maklum balas namun tidak mendapat jawapan.
Pengurusan Harakah baru-baru ini mengesahkan akhbar itu menanggung hutang RM2.2 juta dengan syarikat pencetaknya dan sedang dalam proses rundingan untuk melunaskan hutang tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam bagaimanapun kesal isu perniagaan dipolitikkan oleh sesetengah pihak sehingga tular di media sosial.
Sebelum ini, beberapa pengarang dan wartawan kanan Harakah berhenti atau diberhentikan selepas perpecahan dalaman parti Islam itu susulan pemilihan PAS pada Jun 2015 yang membawa kepada penubuhan parti serpihan Amanah.
Pada sekitar tempoh yang sama juga, Harakah berdepan kontroversi selepas pengurusan akhbar itu meminta ketua pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, yang mengalami masalah kesihatan, untuk letak jawatan. Kontrak dua pengarang kanannya, Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid kemudian turut ditamatkan.
Harakah mula diterbitkan pada 1987 dengan kekerapan seminggu sekali, sebelum terbit dua kali seminggu tiga tahun kemudian. Ia pernah mencatatkan rekod edaran tertinggi sehingga 400,000 naskhah terjual ketika demam pilihan raya umum 1999.
Tiada angka rasmi edarannya sekarang namun pada muktamar yang lalu Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyebut sasaran jualan sebanyak 60,000 naskhah.
Akhbar itu disyaratkan oleh Kementerian Dalam Negeri dijual kepada ahli PAS sahaja namun bebas dibeli oleh mereka yang bukan ahli.
Pemimpin kanan PAS tahun lalu menyebut parti Islam itu mempunyai lebih kurang sejuta ahli, dengan trend pertambahan ahli baru yang memberangsangkan selepas merosot 20% susulan penubuhan Amanah.
Mei tahun lalu, Nasrudin turut menggesa ahli PAS supaya lebih serius menjayakan kempen 3B Harakah iaitu “membeli, membaca dan memberi” untuk meningkatkan semula jualan akhbar tersebut.
Bulan lalu, Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.
Langkah itu dibuat beberapa bulan selepas ia melaksanakan skim pemisahan sukarela (VSS) melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.
Selain Media Prima, Kumpulan Star Media yang memiliki akhbar bahasa Inggeris terbesar negara The Star turut melaksanakan beberapa siri VSS sepanjang 2017. – 5 Januari, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena