Tuesday, 6 March 2018

[Video MP DAP sedia bantu Wan Ahmad] Ahli Parlimen DAP mahu bantu Wan Ahmad dapatkan balik wang di Australia.

Rabu, 7 Mac 2018

Tumpang sekole.

Ahli Parlimen DAP mahu bantu Wan Ahmad dapatkan balik wang di Australia

 SEORANG Ahli Parlimen DAP mahu melancarkan kutipan dana awam (crowdfunding) bagi membantu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Wan Ahmad Najmuddin Mohd mendapatkan kembali wang beliau yang dibekukan oleh pihak berkuasa di Australia.

MP Kulai Teo Nie Ching bagaimanapun mahu Wan Ahmad Najmuddin terlebih dahulu mengisytiharkan pemilikan hartanya bagi memastikan wang berjumlah A$320,000 (RM 970,000) yang kini dipegang oleh Polis Persekutuan Australia (AFP), benar-benar bersih dan datang dari sumber yang sah.
Wang itu dibekukan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan dana tersebut datang dari wang sumber yang diragukan.
"Ia perkara paling penting untuk beliau (Wan Ahmad Najmuddin) lakukan bagi membersihkan reputasi sepenuhnya. 

"Ya, beliau masih perlu keluarkan wang untuk belanja perjalanan dan penginapan bagi menghadapi inkuiri kes itu. Tetapi, bukankah reputasi beliau jauh lebih bernilai?
"Dan jika wang yang dirampas pihak berkuasa Australia itu benar-benar untuk pengajian anak-anak beliau di Australia, dan dengan pembekuan akaun, bagaimana mereka nak teruskan pengajian di sana?" kata Teo dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun sebelum ini menafikan pegawai bawahannya itu terlibat dalam sebarang salah laku. Katanya, Wan Ahmad tidak menuntut wang itu kerana prosesnya akan menyebabkan beliau menanggung kos lebih tinggi.
“Sudah tentu dia mahu duitnya kembali. Itu hak dia. Namun dia fikir bayaran yang perlu dibayarnya dan proses itu akan menambah kos lagi,” kata Fuzi pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Wan Ahmad selepas seorang pemberi maklumat membuat laporan Isnin lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low yang bertanggungjawab memantau kempen Putrajaya memerangi rasuah di negara ini berkata SPRM perlu menyiasat kes itu.
Fuzi dalam satu kenyataan pada 3 Mac berkata wang $320,000 (RM970,000) yang dirampas pihak berkuasa Australia kerana disyaki hasil pengubahan wang haram, adalah daripada penjualan rumah Wan Ahmad di Shah Alam bernilai RM700,000. – 7 Mac, 2018.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena