Mengapa Najib hanya diam dipanggil ‘pencuri’ oleh media antarabangsa?
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pertama kali dalam 61 tahun Perdana Menteri negara ini dipanggil ‘pencuri’ oleh media antarabangsa iaitu The Economist dan MSNBC dalam masa dua hari berturut-turut.
The Economist pada 8 Mac lalu kata Kit Siang, dalam artikelnya menggunakan tajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” (Hentikan pencuri! PM Malaysia berkira-kira mencuri pilihan raya)
Laporan tersebut jelasnya, mendakwa Datuk Seri Najib Razak ketakutan pengundi tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN) jika diberi pilihan dan beliau akan menggunakan apa sahaja kaedah untuk mengatasinya.
Ia, kata Kit Siang, juga menyebut soal skandal 1MDB, yang menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berbilion ringgit telah disalah gunakan, sebagai hujah utama.
Pada hari berikutnya (9 Mac 2018) tambah Ahli Parlimen Gelang Patah itu, hos televisyen AS, Rachel Maddow daripada rangkaian MSNBC, dalam program berita turut menggelar Najib ‘pencuri’ dalam rancangan “The Rachel Maddow Show”.
Maddow kata beliau, menyebut secara terperinci perihal skandal 1MDB bermula dari “derma Tok Arab” sehingga kepada perkembangan terakhir termasuk penyitaan kapal mewah Equainimity milik Jho Low di Bali, Indonesia.
“Apakah Najib akan saman? Apakah PM Malaysia akan membersihkan nama dan reputasi beliau, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk negara Malaysia dan 30 juta rakyatnya?” soal beliau dalam kenyataan medianya semalam.
Jelasnya lagi, bukan sahaja AS, Australia, Britian, Eropah dan media antarabangsa lain melaporkan soal skandal 1MDB, malah media Asean, dengan majalah utama Indonesia, Tempo menonjolkan skandal 1MDB dan usaha mendiamkannya oleh kerajaan Malaysia.
“Najib tidak boleh terus bersikap mendiamkan diri seolah-olah matanya tidak melihat, telinga tidak mendengar dan mulut tidak mampu bertutur.
“Beliau tidak mempunyai pilihan selain membersihkan nama beliau dan juga nama negara ini,” kata Kit Siang.
MD.
1 comments:
Terima kasih banyak kepada teman aku yang di Dubai ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bisa kenal nama nya Mbah Suroto. waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin saja saya alami. berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya.
Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat kerjaan, dll....
Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...
Info lebih lenkapnya buka saja situs beliau di https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.
Post a Comment