Manifesto 100 hari HARAPAN tumpu kebajikan, periuk nasi rakyat
Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang akan dilancarkan esok akan menyenaraikan langkah 100 hari pertama pemerintahan yang bakal mengurangkan beban rakyat negara dari belenggu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tawaran yang terkandung dalam manifesto setebal 130 halaman itu meliputi reformasi dasar ekonomi dan kesihatan rakyat khususnya, reformasi institusi, gaji minima, perbincangan hak Sabah dan Sarawak dan beberapa perkara lagi.
Langkah 100 hari pertama itu menyenaraikan 10 perkara yang memberi tumpuan kepada kumpulan sasar meliputi pelajar, golongan muda, golongan B40, suri rumah, masyarakat Felda dan sebagainya.
Berikut adalah 10 perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari HARAPAN mengambil alih pentadbiran:
- Menghapuskan GST dan mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.
- Perkenal semula subsidi minyak bersasar bagi menstabilkan semula harga petrol.
- Menghapuskan hutang peneroka Felda.
- Memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.
- Sama rata dan tingkatkan kadar gaji minima di seluruh negara.
- Mengurangkan beban PTPTN. Melaksanakan penanguhan pembayaran individu berpendapatan bawah RM4,000 dan menghapuskan dasar senarai hitam.
- Menyelesaikan skandal utama. Membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja membabitkan skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji. Reformasi organisasi kerajaan.
- Menghormati hak Sabah dan Sarawak. Mewujudkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
- Skim Peduli Sihat, dana sehingga RM500 bagi golongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
- Semak semula kelulusan projek mega. Wujudkan semakan semula projek yang diberi kepada negara asing.
Majlis pelancaran esok akan berlangsung di IDCC Shah bermula pada jam 8 malam dan boleh disaksikan secara langsung menerusi Facebook Pakatan Harapan. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment